Wednesday, August 11, 2021

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Seminggu dua ni aku banyak menghabiskan masa di library.Bukan nak habaq aku ni rajin sangat ka apa ka. Tapi disebabkan ini lah tempatnya yang buat aku ada sedikit ruang untuk belajaq.Dah la kelas haram tak pi.Program NILAM zaman sekolah rendah dulu pun aku kecoh dah.

Minggu ni library agak penuh pasal musim cuti sekolah.Bila dah cuti sekolah, maka library ni pun penuh dengan budak sekolah ka.Yang berkapel bajet study pun ada.Ini taktik abang - abang dah pakai dulu dik.Cuma ada etika yang aku perati memang dah kurang di praktikkan semasa di library  iaitu senyap atau diam dalam library.

Punya la riuh dok dalam library ni.Aku tak tau la pulak kot kalau peraturan tu dah berubah.Tapi setau aku itu la peraturannya dari azali lagi.Yang dok buat riuh ni adalah adik- adik yang aku rasa masih di peringkat sekolah lagi.Mana pi etika hangpa semua? Di manakah sensitiviti kalian terhadap orang lain? Adui, benda basic ja kot.

p/s: aku tengok deraf lama sangat..aku publish ja laaa pian oi...kah kah kah..menda tahun 2016 punya cerita...