pentaksub ni umpamanya jag yang dah penuh nak ditambah ayaq lagi..
tak boleh nak terima sebarang input dah...
unless they clear everything till the last drop...
bukan nak suruh terima bulat-bulat sebarang input baru..tapi..nak suruh biaq ada ruang untuk buat buat penilaian..masing-masing ada otak yang lebih hebat dari super computer, tapi...kalau boleh guna setakat main dam aji ja, itu satu perkara bangang.
bahan bacaan..
itu penting, tapi sekarang ni bukan semua bahan bacaan yang orang dok share kat alam maya ni hangpa buleh amik pakai..
sedangkan video pun buleh edit...
tapi..kalau orang konservtif cam gua yang suka baca buku dari info 'ilmiah' alam maya ni bersuara..dikatakan aku tak up to date..ortodok..jumud..sebab tak nak terima maklumat dari alam maya..
dey...maklumat dari maya karin pun gua akan tapis setelitinya...
bila diam dikatakan bacul..bila bersuara dikatakan macai...
especially bila berbicara mengenai politik..tak kira la politik kedai kopi..ataupun politik arus perdana..ataupun politik opis..
sebab tu gua lebih suka amik kerusi plastik..gua duduk...gua cucuh winston..gua tengok..gua senyum jaa...
apala nak jadi dengan majoriti umat malaysia lani..
Sunday, November 10, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)