Sunday, November 9, 2025

1998

Sekitar tahun 1998, pada setiap petang Sabtu di Astaka depan padang,itulah lokasi latihan Kelab Taekwondo, SMK Bagan Serai.Seingat aku,latihan akan bermula pada jam 2 petang dan tamat pada jam 5 petang.

Al-kisahnya,pada suatu Sabtu latihan tersebut dibatalkan.Zaman tu takdak lagi handphone ni.Ada seseorang mai habaq kat kami.Namun Aku,Jan,Kamal, Anuar dan Cho dah pun sampai.Sebagai remaja yang berumur 14 tahun, masa yang telah dilapangkan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Anuar Pak Rahman sebagai ketua kami pada waktu itu telah mencadangkan suatu aktiviti yang agak luar biasa.Pada era itu, selalunya selepas apa-apa latihan tak kira la latihan unit beruniform ka, rumah sukan ka aktiviti untuk melepaskan lelah adalah dengan bermandi manda di Tali air (Ban).Namun Sabtu itu agak berbeza.Kami berniat untuk menghabiskan masa di sekolah rendah lama kami iaitu SRK Bagan Serai.Sekarang dikenali dengan nama SK Jalan Matang Buluh -SEJAMBU).Setibanya disitu , operasi ini disertai oleh anak-anak Cikgu Aziz (A`a, Awa dan Akim,sementelah A`a juga merupakan seorang ahli Taekwondo.Seingat aku Hafis anak Angah Sabran pun ada juga.Operasi itu bermula dengan Bilik Kemahiran Hidup (KH).Anuar dengan Cho mengeluarkan cermin tingkap nako tu sekeping - sekeping.Lepas tu seorang berjaya masuk dan mengambil gergaji besi.Selepas selesai urusan di bilik KH lokasi seterusnya dituju adalah Koperasi Sekolah.Di sini, banyak hasil diperolehi antaranya duit ringgit dan alat tulis.Berapa nilai aku tak ingat dah.Selepas itu lokasi berubah ke Pejabat Pentadbiran.Disini lah buat pertama kali aku terpandang pada 1 alat yang dipanggil Komputer.Kami cuba hidupkan dan cuba bermain dengan komputer itu.Namun disebabkan kami semua tiada apa - apa pengetahuan tentang penggunaan komputer makanya komputer itu dimatikan semula.Seterusnya ke lokasi kelas Cikgu Zainal yang terletak bersebelahan dewan.Selesai kerja - kerja pecah sekolah ini, kami pun pulang la ke rumah masing -masing.Hari Ahad masing- masing rehat la kat rumah.

Tup - tup masuk hari Isnin.Berita telah tersebar dan meletus.Sekolah telah dipecah masuk.Booommm!!!! Gempar habis satu sekolah masa tu.Berita menjadi lebih parah apabila Akim anak Cikgu Aziz pi pecah rahsia siapa yang terlibat dalam operasi ini.Anuar Pak Rahman tak pasai - pasai dipetik sebagai ketua dalam operasi ini.Teruk jugak dia kena belasah dengan Pak dia pasal kes ni.

Bagi membendung isu ni supaya tidak berlarutan, Anuar terus buat mesyuarat tergempar di kantin sekolah bagi membincangkan tindakan selanjutnya.Hati masing - masing dah berdebaq tak tau nak habaq la.Memandangkan kami semua bersekolah di sesi petang, petang itu juga kami dipanggil oleh PK HEM, Cikgu Abdullah Sani natijahnya setelah dimarahi oleh beliau,masing - masing menerima sebatan di tapak kaki sebanyak 2 kali.Fuhhh syahdu.Pada zaman kami dulu ,sebatan di tapak kaki, tapak tangan dan pungkoq itu adalah benda biasa dan tiada siapa pun yang akan mengadu.

Keesokan harinya , kami diminta untuk hadir ke sekolah rendah dan meminta maaf kepada semua guru-guru di sana.Memandangkan kami adalah pesalah , makanya kami pun menuruti sahaja dan langsung meminta maaf kepada guru - guru disana yang mana kebanyakannya kami kenal dan mereka pun masih mengenali kami.Antaranya cikgu yang dapat kami berminta maaf ialah Cikgu Zulkeflee, Teacher Hasmah, Cikgu Rusnee.Maafkan kami cikgu.

Lepas habis selesai semua ini, baru kami tahu yang semua ganti rugi ditanggung oleh Pak Rahman ayah kepada Anuar.Terima kasih pakcik.Jasa pakcik takkan kami lupakan.





No comments: