Friday, November 21, 2025

JUTARIA DI KAMPUNG CHAK RAYA

 Kamal dan abangnya, Fazrul sangat gemar bermain Jutaria.Pada masa itu, permainan ini akan dibeli di Kedai Buku Chawn Sing yang lokasinya berada di seberang jalan Kampung Depan Balai sahaja.Kamal dan abangnya akan bersama mengayuh melintas jalan dengan menaiki basikal chopper untuk membeli belah di kedai tersebut.Level bermain depa memang agak ekstrim.Pernah aku melihat dengan mata kepala aku, Fazrul kalah dalam permainan dan tidak berpuas hati dengan Kamal.Akibatnya, Kamal diterajang oleh Fazrul.Bukan sekali, malahan berkali - kali.Sebagai adik yang baik dan mendengar kata, Kamal tidak pernah membalas.

Bila mana Pian kerap berkunjung ke rumah Kamal, Pian pun terjebak dan belajaq bermain.Untuk gen Z yang tidak mengenali permainan ini, permainan ini persis kepada permainan Monopoly.Jutaria umpama Monopoly versi bajet.Monopoly pun tak tau ? hangpa google la sendiri.Malas dah aku nak explain.

Antara kelemahan Jutaria ialah buah dan geran kerap hilang.Lama kelamaan, buah jadi tak cukup.Ini akan mengundang masalah kepada pemain.Hal yang sama juga berlaku apabila kehilangan geran.Bila hal ini terjadi, langkah terbaik yang patut diambil ialah dengan membeli baru sahaja.Sama juga hal keadaanya dengan duit jutaria.Pun kerap hilang juga.

Akibat kerap sangat bermain, kami pun jadi ketagih (Penafian: tidak ada sebarang unsur pertaruhan dan perjudian ketika ini).Disebabkan kami ni hanyalah budak sekolah dan berumur 11 tahun, apa la sangat duit kupang yang kami ada, melainkan duit sekolah yang mak bagi.Harap nak banyak duit sikit pun masa raya ja.

Suasana sekitar tahun 1995, kelas 5 Ikhlas SRK Bagan Serai sangat aman lagi mendamaikan.Di sebelah kiri ada kawasan tanah lapang yang dijadikan gelanggang bola tampar.Di sebelah tanah lapang tu ada Surau.Longkang kat kawasan tu mesti penuh ayaq kalau hujan lebat.Dari bilik darjah, pemandangan kantin turut kelihatan.Guru kelas pada waktu itu ialah Cikgu Aziah.Beliau mengajar subjek matematik.

Pada suatu pagi yang hening, Kamal sakit perut.Kesakitannya memang tidak dapat dibendung lagi.Pada zaman itu, keadaan tandas murid berada dalam situasi amat tidak memuaskan.Tahi murid berada atas lantai itu adalah perkara biasa.Mangkuk jamban penuh tahi pun perkara biasa.Oleh sebab keadaan yang sebegini, kebanyakan murid cenderung untuk menahan perut sehingga la balik ke rumah.Namun tidak bagi Kamal.Kesakitan perut beliau pada hari itu tidak dapat dibendung lagi.

Dengan pantas beliau meminta kebenaran guru yang mengajar untuk melepaskan hajat langsung dengan pantas beliau terus ke tandas sementelah waktu rehat pun bakal menjelang tiba.Pada saat itu, macam mana pun keadaan jamban langsung tidak dipedulikan oleh beliau, yang penting objektif beliau tercapai.Bak kata pepatah malang tidak berbau,semasa beliau dalam posisi terbaik untuk melepaskan "bom" yang pertama, tiba- tiba kunci basikal mini kesayangan beliau terjatuh ke dalam lubang jamban.

"Ting!!!! Kedebush!!!!!!!!!!!!!

Bunyi jatuhan kunci itu.

Kamal jadi jem terus.Benda pertama yang dia terfikir ialah macam mana beliau nak balik kalau kunci takdak? Jarak antara sekolah dan rumah beliau lebih kurang dalam 7km.Suatu jarak yang agak jauh juga kalau nak berjalan kaki.Nak ketuk kunci tersebut? Kaedah ini dikenal pasti memang boleh menyelesaikan masalah ini.Namun masalah yang baru akan timbul iaitu kunci tersebut akan rosak sepenuhnya dan tidak boleh dibaiki lagi.Cara ini menambah modal untuk membeli kunci baru.Fikir punya fikir,akhirnya Kamal nekad.Hanya kaedah ini saja difikirkan paling relevan iaitu dengan MENYELUK ke dalam lubang jamban itu.Namun kerja ini bukan mudah.Cabarannya cukup tinggi dan merbahaya.LUBANG JAMBAN ITU PENUH DENGAN TAIK.

Kamal merasakan beliau tidak mampu menjalankan tugas ini secara bersendirian.Beliau perlu memohon bantuan.Siapakah yang patut beliau panggil? Pali? Pali masa ni sibuk dengan tugasan beliau sebagai pengawas pusat sumber.Asal waktu rehat ja, dia kena duty.Walhal dia saja nak buat kemaih nak adjust Zakiah.Juwaini? Mamat berkaca mata bercakap KL ni merupakan pengawas sekolah.Sahih la dia pun kena bertugas juga dan beliau pun dalam fasa mengejas Ashrafun Nur anak Cikgu Yob.Fikir punya fikir hanya seorang saja difikirkan bersesuaian untuk tugasan ini iaitu Pian.

"Pian, hang mai tolong aku sat.Kunci basikal aku jatuh la" kata Kamal

"Nohh,jatuh tang mana pulak? Lagu mana nak buat tu?" kata Pian

"Jom hang ikut aku Pian" getus Kamal

Pian pun membuntuti Kamal (Bukan main buntut Kamal naa).Setibanya di lokasi Kamal terus memberi taklimat awal.Kamal memang bijak dan lancar memberi taklimat.Semua aspek disentuh termasuk bab keselamatan dan PPE.Hal ini penting untuk memastikan operasi berjalan lancar dan paling penting tidak diketahui orang.Operasi ini dikelaskan sebagai operasi kelas tanpa gagal.Air muka dan maruah harus dijaga.Kerja Pian senang saja iaitu recce line dan logistik.Hat lain Kamal yang akan bereskan.

Perkara pertama ialah PPE.Pian terpaksa berkejar balik ke rumah untuk mencari plastik.Plastik itu haruslah melepasi pangkal lengan.Supaya air najis tidak mengenai kulit masing - masing.

Yang ke dua? kedua takdak apa.

Mula - mula, Kamal menyarung plastik dan terus menyeluk ke dasar lubang jamban.Bak kata pepatah, alang -alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,sambil menyeluk sambil mengagau dan sebelah tangan lagi menampan badan supaya tidak jatuh.Bau busuk menusuk hidung.Pada zaman itu pelitup muka tidak diperkenalkan lagi.Apa yang mampu Kamal buat ialah menyedut nafas panjang - panjang dan tahan seberapa lama yang boleh.

Selukan pertama dimulakan

Gagau punya gagau,akhirnya...."Got it!!!!" Kata Kamal secara gembira.Kunci basikal yang jatuh berjaya digenggam dan dijumpai.Lega kamal.Selesai dah masalah dia nak balik rumah satgi.Kunci digenggam erat.Tangan ditarik perlahan -- lahan agar kunci tidak jatuh semula dan akhirnya kunci berjaya didaratkan di lantai tandas.Tiba -tiba...........

"Pian, hang nampak dak duit siling tu? Ada berapa kupang tu? Kata Kamal.

"Haaa laaa Kamal.Hang gagau kunci sekali dengan siling la tadi" Kata Pian pula.Lantas terus mengira.

" Ada dalam seringgit semua sekali Nun" Sambung Pian.

Mendengar jumlah duit itu.Sifat tamak mula membuak - buak dalam diri Kamal.Tanpa membuang masa, selukan kedua, ketiga dan seterusnya dilakukan dengan penuh asyik.Tahi fizikal ka bau tahi ka itu tidak lagi menjadi halangan.Duit lagi mengatasi semua itu.

Selesai semua selukan yang amat syahdu.Masa yang ditunggu -tunggu.....

"Pian, kira tengok semua sekali " Tutur Kamal.

"Sat Nun" balas Pian.

Zasss!!!!!   Tak sampai seminit."Semua sekali ada dalam duit ringgit setengah Kamal" Jawap Pian.


"Ok Pian,Campuq hat tadi.Ada dalam tiga ringgit setengah.La ni kita kena basuh dulu bersih - bersih duit ni Pian.Kita tak tau lama mana dah dok dalam jamban tu.Kita kena tonyoh betul betul hitam - hitam kat siling tu bagi keluaq.Bukan apa Nun.Kot kotoq kedai tak mau terima" Kamal tegas memberi perintah.

"Baik Kamal" Jawab Pian lantas mengutip siling itu dan langsung ke belakang tandas.

"Kamal, kita gosok kat lantai ni.Lantai ni kasaq sikit.Aku rasa boleh hilang tu" Respons Pian sambil jari nya menunjuk ke arah lokas yang dimaksudkan.

"Orite Pian" Ringkas sahaja jawapan Kamal.Beliau tak mahu lagi membuang masa.

Selang setengah jam kemudian.

"Ok Nun.La ni kerja kita dah siap.Siling dah bersih.Kita nak buat apa dengan duit ni? Kita nak bahagi dua ka macam mana?" Kata Pian memberi cadangan.

"Ish.aku rasa tak padan nak bahagi.Tak berapa duit pun Pian" Tutur Kamal sambil kepalanya ligat memikirkan rancangan.

"Pian, aku cadang kita beli Jutaria mau dak? Boleh kita bawa mai sekolah main dengan kawan - kawan.Aku rasa depa tak besa main tambah - tambah si Pali tu." Kata Kamal.

"Ok jugak tu Kamal.Kita ajak dia main sekali.Kalau dak kira nak buat cengei dia ja.Orang melawak sikit pun nak ambil serius sangat.Dia dengan Zakiah sama ja level cengei  depa" balas Pian sambil mencebik.

"Petang ni lepas sekolah, hang mai rumah aku dalam pukul 3 petang nun.Kita pi beli kat Kedai Chawn Sing" Kata Kamal.

Lebih kurang pukul 2.30 petang.

" Kamal ! Kamal ! Kamal ! Ooo Kamal! " Jerit Pian secara bertalu - talu di sebuah rumah bernombor 465, Kampung Depan Balai Polis.

"Oiii Pian!!! Awai hang.Mai naik dulu.Aku baru nak makan nasi" Kata Kamal.

"Takpa  hang makan dulu Kamal.Aku tunggu kat bawah ja la"

Lepas 10 minit.

" Jom Pian.Kita pi naik basikal aku la.Aku carry hang" Tegas sekali Kamal.

Perjalanan ke Kedai Buku Chawn Sing agak santai dan menenangkan jiwa.Mula - mula harus melepasi halangan angsa rumah Tok Long dan rumah Ajun Buah Paren.Lepas tu rumah Pak Tam dan rumah Kudin @ Epy.Sebelah tu rumah tokwan Fendi/Zuardi.

Sesampainya depan Kedai makan Pak Din bertentangan SJK (C) Tong Wah depa pun melintas.Kayuhan hanya tinggal dalam 50 meter dan lokasi yang dicitakan telah pun sampai.

Sesampainya di kedai.

"Tauke, bagi Jutaria satu.Ada dak? Berapa duit?" Kamal terus bersuara.

"Ada.ada.ada.Satu tiga ringgit setengah saja" Jawab Tauke kedai.

Dalam hati Kamal " Ngam -ngam modal seluk jamban.Nasib baik"

Setelah bertukar akad dan barang dengan Tauke kedai.Kamal terus berpandangan dengan Pian dan berkata.

"Pian.Esok aku bawa Jutaria ni p sekolah.Aku nak tunjukkan kehebatan aku kat sekolah.Baru depa tau siapa aku" Ucap Kamal sambil meletakkan Jutaria yang baru dibeli didalam raga basikal.

"Tapi la ni jom kita balik rumah aku dulu.Kita rasmi main dulu" Kata Kamal

Pian hanya mengangguk faham.

Kamal memulakan kayuhan balik ke rumah.Semangat beliau untuk bermain tidak dapat dibendung lagi.Beliau nekad.Namun hari esok lebih penting.Penting demi nama baik dan sebuah reputasi.






Sunday, November 9, 2025

1998

Sekitar tahun 1998, pada setiap petang Sabtu di Astaka depan padang,itulah lokasi latihan Kelab Taekwondo, SMK Bagan Serai.Seingat aku,latihan akan bermula pada jam 2 petang dan tamat pada jam 5 petang.

Al-kisahnya,pada suatu Sabtu latihan tersebut dibatalkan.Zaman tu takdak lagi handphone ni.Ada seseorang mai habaq kat kami.Namun Aku,Jan,Kamal, Anuar dan Cho dah pun sampai.Sebagai remaja yang berumur 14 tahun, masa yang telah dilapangkan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Anuar Pak Rahman sebagai ketua kami pada waktu itu telah mencadangkan suatu aktiviti yang agak luar biasa.Pada era itu, selalunya selepas apa-apa latihan tak kira la latihan unit beruniform ka, rumah sukan ka aktiviti untuk melepaskan lelah adalah dengan bermandi manda di Tali air (Ban).Namun Sabtu itu agak berbeza.Kami berniat untuk menghabiskan masa di sekolah rendah lama kami iaitu SRK Bagan Serai.Sekarang dikenali dengan nama SK Jalan Matang Buluh -SEJAMBU).Setibanya disitu , operasi ini disertai oleh anak-anak Cikgu Aziz (A`a, Awa dan Akim,sementelah A`a juga merupakan seorang ahli Taekwondo.Seingat aku Hafis anak Angah Sabran pun ada juga.Operasi itu bermula dengan Bilik Kemahiran Hidup (KH).Anuar dengan Cho mengeluarkan cermin tingkap nako tu sekeping - sekeping.Lepas tu seorang berjaya masuk dan mengambil gergaji besi.Selepas selesai urusan di bilik KH lokasi seterusnya dituju adalah Koperasi Sekolah.Di sini, banyak hasil diperolehi antaranya duit ringgit dan alat tulis.Berapa nilai aku tak ingat dah.Selepas itu lokasi berubah ke Pejabat Pentadbiran.Disini lah buat pertama kali aku terpandang pada 1 alat yang dipanggil Komputer.Kami cuba hidupkan dan cuba bermain dengan komputer itu.Namun disebabkan kami semua tiada apa - apa pengetahuan tentang penggunaan komputer makanya komputer itu dimatikan semula.Seterusnya ke lokasi kelas Cikgu Zainal yang terletak bersebelahan dewan.Selesai kerja - kerja pecah sekolah ini, kami pun pulang la ke rumah masing -masing.Hari Ahad masing- masing rehat la kat rumah.

Tup - tup masuk hari Isnin.Berita telah tersebar dan meletus.Sekolah telah dipecah masuk.Booommm!!!! Gempar habis satu sekolah masa tu.Berita menjadi lebih parah apabila Akim anak Cikgu Aziz pi pecah rahsia siapa yang terlibat dalam operasi ini.Anuar Pak Rahman tak pasai - pasai dipetik sebagai ketua dalam operasi ini.Teruk jugak dia kena belasah dengan Pak dia pasal kes ni.

Bagi membendung isu ni supaya tidak berlarutan, Anuar terus buat mesyuarat tergempar di kantin sekolah bagi membincangkan tindakan selanjutnya.Hati masing - masing dah berdebaq tak tau nak habaq la.Memandangkan kami semua bersekolah di sesi petang, petang itu juga kami dipanggil oleh PK HEM, Cikgu Abdullah Sani natijahnya setelah dimarahi oleh beliau,masing - masing menerima sebatan di tapak kaki sebanyak 2 kali.Fuhhh syahdu.Pada zaman kami dulu ,sebatan di tapak kaki, tapak tangan dan pungkoq itu adalah benda biasa dan tiada siapa pun yang akan mengadu.

Keesokan harinya , kami diminta untuk hadir ke sekolah rendah dan meminta maaf kepada semua guru-guru di sana.Memandangkan kami adalah pesalah , makanya kami pun menuruti sahaja dan langsung meminta maaf kepada guru - guru disana yang mana kebanyakannya kami kenal dan mereka pun masih mengenali kami.Antaranya cikgu yang dapat kami berminta maaf ialah Cikgu Zulkeflee, Teacher Hasmah, Cikgu Rusnee.Maafkan kami cikgu.

Lepas habis selesai semua ini, baru kami tahu yang semua ganti rugi ditanggung oleh Pak Rahman ayah kepada Anuar.Terima kasih pakcik.Jasa pakcik takkan kami lupakan.





Tuesday, September 30, 2025

SEPETANG BERMAIN BOLA DI PADANG DEPAN RUMAH CIKGU AZIZ

     Kehidupan kanak - kanak di kuarters Jalan Raja Syed Thauphy agak sederhana.Membesaq di era 90an tanpa gajet amat menenangkan jiwa.Sekarang jalan ini dah dinamakan semula Jalan Said Tauphy.Aku tak tau sapa yang pandai - pandai pi ubah ejaan asal.Lokasi tepat kuarters ni adalah di tapak Market Bagan Serai sekarang ni.Dulu sini adalah tapak kuarters kerajaan.Seingat aku ada 3 baris jalan dan 4 baris rumah di kuarters ni.Macam aku , keluarga kami dok kuarters teres berkembaq dua.Jiran aku Pakcik Rahim dan Makcik Zaitun.Anak depa,aku panggil Siti dan Atan.Depa ada adik yang dipanggil Manja.Kalau nak kira kawan - kawan yang tinggal di sini memang ramai.Anak - anak Pak Wan dan Makcik Zaharah (Halim, Jalil,Kadiaq, Malek,Manan),Abdullah Jan,Amin,Arep,Puad,Yan,Zul, Yus Tomoko,Eli,Amin,Anuar Gemuk,Arwah Pon,Hafiz Sabran (Adik dia, Baizura merupakan bekas kekekasih Kadiaq),Yob,Arwah Bentayan,Yong, Ima, Rizal, Wan Belanga,Muhaimin robot,Pak Katib. Depan rumah aku Pakcik Usop dan Makcik Pah, anak depa ada 5 orang kalau tak silap.Yang besaq nama Jeli,Yoi, Ain.Seorang lagi masih kecil.Chor,Adha dan Chopiq anak Mat Jenon bukan orang kuarters.Pak depa kerja TNB/LLN.Cuma rumah depa sebelah ban (tali air) memang hampir benar dengan kuarters.Ishh ramai.Ini setakat yang aku ingat la.Pali? Pali dok tepi Jalan Besaq depan IPD Kerian tepi Klinik Veterinar.Belakang rumah Pali adalah Kampung Depan Balai.Masa tu kami panggil klinik haiwan ja.Depan klinik tu ada pokok asam jawa.Aku dengan Kamal selalu panjat pokok tu dulu.

    Menjadi kelaziman kanak  - kanak di situ kalau di sebelah petang akan main di padang bola SRK Bagan Serai ( La ni dah bertukaq kepada nama S.K Jalan Matang Buluh- SEJAMBU).Padang sekolah tu kecil sahaja.Yang memisahkan padang itu dengan ban adalah parit.Aku ingat lagi di tepi parit tu ada keladi yang daunnya cukup besaq.Rasanya la ni aku tak nampak dah daun keladi besaq - besaq macam tu.Tepi padang tu ada kuarters guru yang diduduki oleh Cikgu Aziz dan Makcik Normah.Sebelah lagi Cikgu Hanafi yang duduk.Anak - anak Cikgu Aziz juga merupakan kawan - kawan kami iaitu A`a, Awa dan Akim.Sebagai budak - budak, musim permainan akan berubah -ubah ikut mood.Adakalanya main Rounders, kadang - kadang Tuju Kasut (Kadang - kadang up grade jadi Tuju Tin),kadang - kadang Bola Cap, main lumba lari pun pernah.Namun selalunya bola sepak la menjadi pilihan.Bola kami pinjam dengan Cikgu Aziz.Pasal beliau merupakan jurulatih bola sepak sekolah.Seingat aku selalunya kami akan bermain dengan hanya menggunakan satu saja pintu gol dan gol itu pun bukanlah gol untuk bola sepak pun melainkan gol hoki.Untuk akses masuk ke padang ada 4 laluan iaitu: -

1) Melalui depan rumah aku.Parking tepi longkang depan rumah Pakcik Saad 

2) Parking depan rumah Cikgu Aziz dekat dengan pokok jambu batu.

3) Melalui hutan ubi kayu depan rumah Makcik Nab.Jalan ni paling adventure pasal kena lintas parit secara lompatan pasal parit ni takdak titi.

4) Ini paling mudah adalah akses terus dari kawasan sekolah.

Waktu permainan ? Zaman itu harus la lepas asar.Semuanya akan bermula selepas itu.Ada satu kisah, bila mana kami bermain bola dan salah seorangnya adalah Pak Katib.Pak Katib seingat aku,dia ada sedikit masalah pertuturan.Jenis cakap tak terus.Jenis lidah pendek.Namun beliau normal.Pak Katib ni nama aslinya Anuar.Mai mana Pak Katib pun aku tak tau la.Apa yang aku ingat adegan ni bermula dengan acan - mengacan antara Pak Katib dengan anak - anak Cikgu Aziz iaitu Awa dan Akim.Acan punya acan benda jadi panas la.Lalu Awa dan Akim pi report la kat pak depa.Cikgu Aziz ni garang.Sangat - sangat garang.Aku ingat lagi.Suara dia sangat kuat.Kalau jerkah tu, sampai hujung padang boleh dengar.Tengah sedap kami dok main bola tu, tetiba Cikgu Aziz keluar dari rumah dan terus menjerit " Mana Pak Katib?! Pak Katib mana Pak Katib?!".Banyak kali juga dia jerit.Cering kami dengaq masa tu.Al maklum la masih budak - budak.

Menjadi langkah kanan  Pak Katib,di saat jeritan pertama keluaq ja dari mulut Cikgu Aziz.Bola keluaq padang dan termasuk dalam semak.Pak Katib yang asalnya berniat mengambil bola itu untuk dibuat lontaran ke dalam langsung menyorok dalam semak.Lepas dia menyorok dalam semak, pelan -pelan dia berundur ke kawasan kuarters.Dalam masa yang sama jeritan terus kedengaran.Cekap juga Pak Katib ni mengatur gerakan.Permainan yang tadi agak rancak langsung terhenti dengan tiba - tiba.Takdak sapa berani sambung sepak bola.Nak bergerak pun pakat keras semua.Pak Katib terus memboloskan diri balik ke rumah.Namun ada satu lagi masalah.Basikal chopper Pak Katib tertinggal depan rumah Cikgu Aziz.Aduh!!!.

Seingat aku lama juga basikal Pak Katib tersadai di situ.Tiada siapa berani ambil.Nak cari kena jerkah dengan Cikgu Aziz.Lepas tu aku rasa Dir, Abang kepada Chor yang tolong ambil dan hantar.Selepas peristiwa itu, lama juga padang tidak beraktiviti.Pak Katib? Lama kami tak nampak dia lepas tu.Dia terus berkuarantin diri.Mungkin fobia dan trauma la agaknya.Aku rasa dia belah pi main dekat jalan baru kat Dewan Serbaguna.



Thursday, October 10, 2024

HALWA TELINGA DAN GARIS MASA

Sejak dari zaman study lagi, aku memang suka buat reja sambil dengaq lagu.
sebab aku budak UIA dulu, memang aku selalu pasang lagu nasyid dan zikrullah 

emm..ok..aku muhong..

lagu-lagu favourite aku ja aku dok dengaq, tak kira la samada masa aku cari bahan assignment ka, masa dok buat nota ka, masa hafal definition subjek quran hadith ka..yaa..halwa telinga aku disajikan dengan lagu-lagu yang disukai aku tapi dibenci oleh roomate aku..
roomate aku suka layan ayumi hamasaki ngan morning musume..dia ingat dia comey?

dan..selepas 20 tahun, aku masih buat perangai yang sama, layan lagu sambil buat reja...
dan lagu yang aku layan masih lagu-lagu yang sama dengan 20tahun dulu..

bukan aku tak cuba layan or cari lagu baru bagi genre yang aku suka, tapi, kalau lagu baru ni, setakat aku dengaq dan suka, tak lama dengaq aku dah lupa nama band..

menda ni buat aku terpikiaq, bab lagu ni, aku bagaikan terperangkap dalam satu never ending loop yang kurungkan aku.

aku terperangkap dalam memori..memori masa zaman membesaq kat bandaraya bagan serai, memori karaoke lepas kelas tambahan PMR, memori zaman menapak pi CM, pi campbell cari kaset guna duit ptptipu or duit part time.

lagu yang aku dengaq indirectly buat aku ada dalam garis masa zaman tu. zaman di mana BMI aku nak cecah 19 pun seksa. zaman di mana paru paru aku ada 8. zaman di mana tidoq tu bukan best pun. overnite is my middle name.

cuma yang buat aku pelik ngan diri aku, bilamana aku ada masanya, ada ketikanya, aku buleh layan lagu dangdut...yaa..lagu dangdut..

lagu dangdut ni tak pernah ada dalam garis masa hidup aku. ada dengaq tapi ianya tak berjaya menetap dalam kotak sentimental aku. aku pun taktau mana mai buleh layan lagu dangdut..aku kadang-kadang cuba cari, kat mana lagu dangdut ni buleh mai dok dalam garis masa hidup aku.

sampai ke laa aku masih gagal...bilamana aku cemuih layan playlist aku, maka aku layanla lagu dangdut sepam. bini aku pun sampai syak dan aneh ngan pilihan lagu aku masa aku dok masak kat dapuq. nak kata aku pernah masuk kelab dangdut, jauh sekali, lalu depan kelab dangdut pun x pernah. abes kuat pun lalu depan club ni masa naik satria sarel overnite pi kl lalu kat area BB. tu ja la pengalaman aku paling dekat pun ngan club. 

ni pun sambil dok menaip..elok ja telinga aku dok layan lagu cita citata..tak ganas pulak aku rasa layan lagu ni...anjayyyyy!!!!