Thursday, December 29, 2011

malas buh tajuk II

sedang ralit gua main game Darksiders kat pc gua pada satu pagi cuti ujung minggu yang nyaman, henset gua berbunyi message..

gua kalau main game ni malas sangat gua nak message ni...main FM buleh la sms,tu pun kalau gua rajin..

gua unlock dan baca message..

dari

Noria Natam

'Menat..demo wak gapo rini?'

gua dengan malas membalas

'xdp gapo..bakpo..nak ajak gi bekwoh ko?'

gua tekan send..

tak lama lepas tu..

message masuk balik..

Noria Natam

'molep!molep!menat..nak join gi kemeren dop rini?putri ada sekali nih?'

gua reply..

'kemeren?rini?buleh etep!demo ado mana loni?bilo nok gi?'

gua send..

sambil bercita-cita nak makan strawberi la kununnyaa...

deringan message bebunyi kembali..

Noria Natam

'kawe siap doh..kawe tunggu demo kat Gua Musang sebab kawe ado di Gua Musang doh loni..kuikuikui..'

gua baca dan terus quit game Darksiders..kepala tahek punya lawak..

implikasi dia mek noi..sampai lani gua tak abes main lagi Darksiders..

-Anoi, pagi tadi ada perhimpunan pagi, tapi gua tak gi, gua tau, mesti ada sesi pasal lu punya, dan jangkaan gua betoi, orang spital siap wat slideshow gambar lu, diiringi ngan lagu salam terakhir, orang citer siap Dato' Pengarah baca puisi untuk lu..yaa..untuk lu anoi!!gua memang tak leh gi..sepul pun tak gi, faiez pun tak gi gak..sebab semua tak sanggup anoi..

Wednesday, December 28, 2011

malas buh tajuk

seseorang yang kita kenal lama, rapat dan selalu merapu bersama, tidak akan melihat sesuatu yang negative itu as negative..

sebagai contoh mudah..

gua kenai rapat sangat ngan hizal..gua dengan senang hatinya memanggil..

'weh..beruk..apa plan rini?'

dan hizal dengan senang hati menjawab..

'tak dak plan lagi rini bewak aka biawak'

boleh dilihat perbincangan antara beruk dan bewak..

itu adalah perkataan yang negtatif yang sudah tiada maksud negatif lagi dari segi pembawaan maksud.

dan kerapkali kita mendengar perkataan 'babi' itu menjadi sesuatu yang biasa..

sebagai contoh..

'weh..babi mana amik pulak pensel tekan aku...?'

'ni haa..aku pinjam la sat babi woi..amboi..pensel ja pun...tumbuk satgi!!!?'

itu komunikasi antara 'babi'...

jadi sesuatu yang negatif itu akan hilang elemen negatif sekiranya pengucapan itu difahami oleh penutur walaupun pada pandangan dan pendengaran awam ianya adalah sesuatu yang offensive..

dan..sesuatu yang negatif itu juga akan menjadi sesuatu yang neutral apabila ianya diucapkan di kawasan penempatan yang mana penuturnya tak paham apa yang dituturkan oleh penutur offensive.

sebagai contoh..

lu dan rakan lu berada di wakaf che yeh..

rakan lu ralit dok usha awek-awek keluaq malam..

lu jadi rimas sebab lu dah bosan tengok..

jadi lu pun dengan tenangnya kelui jibauk tersebut..

'woi!!!POEN!!kata nak beli barang,ni sampai dah meleh ayaq mazi ni pa cerita?'

see..POEN tidak mendatangkan isu...kurang ajaq atau tidak senonoh..

cuba try panggil kawan lu orang camtu dalamaloq staq mall ka...pekan rabu kaa..shahab perdana ka...anda akan menarik minat mata-mata manusia..

tak caya..try la..gua tak tanggung papapun..

tetapi ayat-ayat sebegini tak mungkin boleh dituturkan ngan semua orang...hanya yang betul-betul rapat sahaja..

kalau antara adik beradik gua tak tau la..tak pernah lak gua jumpa adik beradik berkomunikasi sedemikain cara dalam keadaan yang munasabah..kalau adik beradik bergaduh baru buleh keluaq perkataan sebegini..

seperti gua yang biasa bermain permainan..

SAPA LAMBAT HABIS MAKAN NASIK DIA BERUK!

adalah menjadi perkara biasa memanggil si pengkalah itu beruk sehingga ada next round challenge..

dan permainan ini selalu gua mainkan ngan syah, hizal dan naili di kedai mak angkat adiputra masa kami menyewa kat batu caves tahun 2008 dulu..

si pengkalah akan dipanggil singkatan sahaja..yakni.. BERK..bukan lagi BERUK..tp BERK..cuma syah ja yang di panggil WHITE BERK@BERUK PUTIH..sebab kulit dia paling cerah dan menawan dan gebu..

dan permaianan ni gua bawak masa datang reja kat KB..selalunya dimainkan di nasik kak wok..kadang-kadang main kat resipi rahsia..kadang-kadang kat mekdi..tapi..seingat gua..zura memang tak mau main permainan ni..wahahahahahaha

tapi bagi noria and sepul..depa sama naik ja main panggil berk ni sama sendiri..cuma noria selalunya kalau dia tau dia lambat dia tarik diri..tapi kalau dia cepat..dia la yang memula mem'BERK' kan orang..

by the way..

lama dah gua tak dengaq perkataan berk ni..sejak-sejak kami tak keluaq makan ramai-ramai dah..tiba-tiba ja gua teringat ayat ni...kalau gua pi kl memang perkataan BERK ni akan sentiasa terucap antara aku hizal ngan syah..


haish..tulis menda camni pun still teringat gak ko demo anoi...


all the things that we'd done....

i used to call her by the name.. NATAM means menatang..

she used to call me..MENAT means menatang..

we used to call her.. nate kiwi...don't know why..but it suits her..hahahahaha

gua selalu memaki hamun mengunakan bahasa yang berlapik..sebagai contoh..wardavag lapik dari wut the F!

dia ikut juga gua sebut menda ni..sampaila laki dia marah dia..yaa..itu satu kesalahan morality di situ noria..



and..she wasn't good at teaching me kecek kelate..menipu banyak!!!tak pernahnya menda hat dia ajaq tu betul dari segi makna dan tatabahasa...

Monday, December 26, 2011

Noria Idris dalam kenangan..

Jumaat malam sabtu, dalam pukul 9, gua ngan wan firdaus berjalanpi cari wad tempat noria lepak. macam-macam yang gua dengaq dah. walaupun gua reja spital KB, tapi tak maksud gua tau semua bilik sini, gua taktau apanama icu noria lepak, tapi gua tau tempat tu.

bila gua masuk, gua nampak hashim adik dia ada kat situ, dia kata gi la tengok...

gua melangkah masuk ja..

gua dan namapak bibir pucat ja gua keluaq terus.

dalam kepala gua..

tu bukan mek noi aku kenai...

yaa..dia memang gemuk..memang gua selalu panggil dia gemuk..tapi jasad atas katil yang bengkak muka tu..bukan kawan baik gua..gua dah tak mampu nak tengok lagi dah..gua usha dari luaq ja..

gua capai Yaasin..gua baca..tapi..dalam kepala gua seperti ada roll filem yang dimainkan bermula 2009 sampai la ari last gua tengok dia..yakni ari selasa...

then gua pi jumpa husband dia..Akram..

dia story kat gua apa yang jadi..

dari stat baby dia kena vacuum..kalau mengikut deskripsi kaler yang laki dia story, baby tu dah macam kaum Na'vi dah..sampai mek noi asyik tanya..why baby dia tak nangis..berkali-kali sebelum dia pengsan........

itu perkataan terakhir yang laki dia dengaq...

bila bawak mai kecemasan ja, jantung dia dah berenti dah..

bila gua dengaq part jantung berenti..gua dah rasa mek noi memang tak lama..

tambah pulak bila operation dia depa kena buang rahim...potong usus 2 kaki..lepas tu pulak buah pinggang ada masalah..bertimpa-timpa dugaan mai..semetal-metal gua pun..bila kawan baik gua jadi lagu ni..metal gua letak tepi dulu...

gua duduk atas kerusi..gua cakap kat wan firdaus..

dulu member study gua koma sebab accident...lani dia dah arwah...
dia masuk kritikal...then stabil sat ja..before roh berpisah ngan jasad selama-lamanya...Allah bagi dia merasa kehidupan yang paling akhir sekali..for the last time..

hari sabtu gua g lagi tengok mek noi...walaupun dia tak tengok gua...
pagi lagi gua pegi tengok, lepas asar gua gi tengok, lepas isya' gua gi lagi..malam tu, di beritakan, mek noi perlukan darah B lagi, gua ajak sepul derma, tapi orang kata tempat derma darah tak buka malam-malam, kena tunggu esok.

gua usha mek noi gua cakap,

gua nak balik dulu, nak rest, esok nak bagi lu pakai darah gua, sepul ngan zura pun janji dah nak bagi darah kat lu..

tapi..lu memang takkan dengaq cakap gua..

12.45 malam lu dah pergi dah..

gua ralat sebab tak sedaq malam lu berangkat..

gua ralat sebab tak dapat antaq lu naik van sampai badang..walaupun sepul, fadzil ngan hashim kol gua..

henset ngan gua berpisah masa tu...gua depan tv terlena..henset kat bilik atas.gua cas..subuh hari ahad baru gua sedar..

yang lu memang dah tinggalkan hidup kat dunia ni...

gua kat opis lani mek noi..pen pilot lu yang gua pinjam tu ada lagi atas meja gua walaupun gua cakap nak pinjam 5 minit..takpa la..gua simpan ja laa..

selalunya..time-time ni lu kol dah ext gua..

tapi lani..

no more..

'HI MENAT AM!!!' @hai menatang!!!

no more..

'haa..ni makan die!!'

Sunday, December 25, 2011

Tribute to Noria Idris aka Mek Noi

tahun 2009, 15 Januari, gua mula-mula menjejak kaki dalam opis Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,hari Khamis, gua pakai baju batik yang abang gua pakai masa dia jadi comittee ta'aruf.gua mana ada duit nak beli batik mahal-mahal. gua masuk situ, gua jadi toya, bos gua bagi bilik kat gua, share ngan 3 orang pegawai, 2 pompuan, 1 laki. port gua ujung sekali kat dinding. sebelah gua mr lee meng tat, then cik azura, last sekali kat ujung tepi dinding sana ada sorang lagi nama noria idris.gua tak chare sangat masa tu ngan makhluk-makhluk dalam aquarium tuh. tapi jap ja gua tak chare,gua kan peramah.jap ja gua start mengacau makhluk-makhluk dalam tu, dengan cover muka jinak gua.apa adahal?

gua ingat lagi, masa tu gua panggil kak noria ngan kak zura (puh leeeeessss!!!!), tapi noria dia gelak dia kata jangan panggil kak, dia mudo lagi walaupun hakikatnya dia tua 2 tahun dari gua. Fak!gua kan menghormati orang! last-last gua panggil noria ngan zura ja walaupun hakikatnya depa tua lagi dari gua..

dulu gua makan nasik kat stadium sorang-sorang, tapi, natang noria ni la yang ajak gua kuaq makan sekali ngan dia ngan zura ngan sepul, kadang-kadang naik kelisa buruk dia yang tak laju tu, kadang-kadang naik reta persona zura yang power sikit tu. tiap-tiap ari konpem pi makan kat kak wok belakang KBMC. kadang-kadang pi bantai nasik sup kat tepi sungai. buleh kata tiap-tiap ari la gua pi melainkan kalau gua posa sunat.

dulu reja ari ahad kat sini rehat lama cam ganti hari jumaat, tapi tak dak orang pun bagitau kat gua rehat lama, si nate noria ni la yang nagitau gua, kalau dak memang gua rehat sejam ja masa tu. jadah lee tak penah sound kat gua.

masa dok bilik akuarium tu, tak dak radio, tapi selalunya noria ngan zura la yang pasang winamp, tiap 2 miit sekali mesti gua akan dengaq lagu Love Story-Taylor Swift, sampai gua hafal la lirik dia, start situ gua rasa jiwa metal gua dah kurang. chaitt!!!

walaupun dulu gua incharge training unit, tapi, gua banyak refer ngan noria ngan zura pasal documentation walaupun zura ni akauntan, noria buat pembangunan.sebab tiap-tiap ari gua dok ngadap depa 2 orang ni, gua naik tocang, gua makin kasaq, cover up junak gua adalah tak sesuai, lagipun memang senang nak masuk pala otak depa 2 orang ni walaupun gua cakap kasaq.

ni la satu-satunya gambaq yang dan amik kat bilik akuarium sebelum akuarium dipecahkan.



muka gua sangat jinak.

masa dok bilik akuarium ni, banyak gak aktiviti gua tak penah wat gua buat, sebagai contoh paling fakap, gua pi main bowring..eh..bowling..ni pun gua join sebab kena paksa ngan noria. dia kata kalau gua tak join dia akan jadi nombor last, at least kalau gua join, dia jadi no 2 last!memang brengset!tapi nak wat camna memang gua stended longkang pun main bowling nih, gua tak power cam tomoko pun.

seingat-ingat gua, cuma ada sekali ja aktiviti ngan budak-budak opis ni gua buat,aktiviti luaq, seingat gua..yakni, melancong ke Lata Tembakah..gua join sebab gua memang tak dak buat apa, lagipun budak-budak opis gua pun ada.mas ni la gua mula-mula makan nasik tumpang. tak tau padia nasik tumpang?google..gua tak dak masa nak explain. gua kan bajet busy..gua try masa on the way pi lata Tembakah....



gua selalu cakap dia tak pregnant, gua cakap dia gemuk, setiap kali gua panggil dia gemuk dia akan jumpa sepul tanya betul ka dia gemuk?hahahaha..lu tak gemuk la mek noi..berapa kali gua nak kasik tau?tapi kalau gua cakap lu tak gemuk lu kata gua tipu...so..sampai bila-bila memang gua panggil lu gemuk!hahahaha..nate gemuk!

gua dah tak mampu...dah...

cuma gua teringat satu dialog yang dia and gua tuturkan dalam 2 minggu lepas..pasal dia nak isi borang cuti bersalin..

dia panggil gua menat..shortform dari menatang..*cilake*

'menat..kawe sero nok amik cuti 3 buley la bersalin kali nih..'

'amik laa...demo apply jah..pah,sapa meja kawe...kawe suggest 2 buley jah..demo mana buleh cuti lamo bengong!'

'budus!!eh..buleh dop kawe nok amik 3 buley nih?'

'amiklaa..supo kawe oyak takdi aaa...kalu kawe tengok demo fit, 20 ari jah kawe bui...kawe tak caro doh demo nok ko toksey..kawe tegas..ok?!!!'

'huh..kalu gitu gak..baik kawe amik 3 bulan..tapi..kalu kawe nok cuti lebih dari 3 buley gano?'buleh key amik cuti menjaga anak?'

'buleh jah..pah, nati demo abih cuti jaga anak...kawe dah jadi KPP...konpem kawe suh demo gi beli air ko kawe..nok toksey?'

'eh..eh..toksey ah..demo junior kawe..sapa bilo-bilo demo tetap jadi junior kawe ok?!!eh menat..kalu kawe toksey mari doh nok cuti makey gaji buta buleh dop?'

'napa nok?*penampaq mau??*!!!'balas gua.

'huh!bekeng!!!'

tapi sungguh mek noi...memang lu cuti sampai bila-bila...memang gua takkan jumpa dah lu mek noi..pagi tadi gua bangun tdo tengok missed call ngan sms bersepah dari sepul, adik lu, ngan zaza..semua bagitau pasal lu dah tak dak kat dunia ni.gua kadang-kadang rasa cam bermimpi pun ada gak, betul ka lu dah takdak?patutla gua cam berat ati nak beli hadiah nak sambut baby lu..sebab lu dah pegi mek noi.

25.12.2011..

lu pergi tinggalkan kami semua kat sini.

untuk selama-lamanya..

gua ingat lagi..sms lu belagak ngan gua...

'menat..sedapnya milo beng an-nissa'...'

gua tau lu memang minat sangat milo beng kat situ, gua sendiri tak pernah rasa sedap setaro mana milo beng tuh...situ la tempat lu excited nak bersalin. tapi..situ la tempat lu bleeding..dari situ la baru depa antaq lu datang spital tempat lu reja mek noi..lu dok icu mek noi..lu tau dak Mr. Nik yang lu dok suka usha dulu datang pantau condition lu?hahahaha..lu tak tau mek noi...

ok la...gua nak pegi tengok lu for the last time...gua nak attend lu punya funeral mek noi..

lu kawan gua, dah macam kakak gua dah..walaupun kadang-kadang lu suka sangat ikut bahasa gua yang tak senonoh..bengong lu mek noi!!!

tq mek noi..for everything..

Semoga ditempatkan roh lu di kalangan orang yang beriman..

dalam kenangan


Noria bt Idris aka Anoi aka Ron aka Babe aka Mek Noi nate uduh nate gemuk



1 September 1982 - 25 Disember 2011

Monday, December 19, 2011

mari menganjing

di zaman yang serba canggih dan up to date ini, semua manusia ada henset, orang yang tak dak henset kat dunia ni yang gua kenal adalah mak gua sendiri.sebab mak gua tak perlukan henset untuk berhubungan, mak gua ada kuasa idea motor..ok..gua tipu.

jadi,

kalau nak diikutkan evolusi henset ni, memang tak terkejar bhai..henset saiz tuju anjing kepada polyphonic kepada screen colour dan berbagai lagi la...gua malas nak tulis pasai henset ni bebanyak, lu orang sendiri boleh google.

gua penah menggunakan henset saiz tuju anjing dan kekal dengan the legendary 3310 sehingga gua reja CIMB. gua kesah apa, janji gua send message sampai, gua kol dengaq...MMS?nak buat apa?

tpi, bila henset gua stat jahanam, gua akan beli model yang lain, tapi still gua beli yang second hand, apaadahal?henset ja pun.

jadi..bila gua tukaq pakai henset yang menggunakan skrin sesentuh aka touch screen, gua selalu mengatakan kepada rakan gua semasa di opis beliau..

'peh..teknologi bila ni...henset ada keypad?payah dah nak jump barang antik camni...!?'

itu masa gua..

seronok kan menganjing?


satu hari di opis member gua lagi..

'weh..henset aku nak mampuih ni..ada charger nokia hat kecik dak?'

member gua usha gua dengan sinis..

'henset?menda apa tu?rasa cam pernah dengaq ja..?'ujar member gua sambil menayang HTC beliau.

'PUNDEK!!!!' ujar gua seraya melayangkan henset nokia gua ke dinding untuk menguji daya ketahanan henset gua.

Friday, December 2, 2011

SPM gua

bila gua dok sorang-sorang and adik bongsu gua yang suka sangat garu belakang gua amik spm, gua teringat lak, saat-saat gua amik spm masa jadi hero kat sek men abu bakar al-baqir dulu.yang gua tak berapa nak ingat, angka giliran gua.

spm ni dia punya horror la untuk sebilangan besaq budak-budak form 5 ni, sampai menyebabkan majoriti bertungkus lumus buat study group kat kantin lepas abis kelas.yang tak penah study pun tetiba ja ada kat kantin..usha awek la tu...aahhh...lagho semua tu..gua buat gak study grup tapi apa lancau wat kat sekolah...wat kat surau flet laa...baru kool.

tak tipu laa..gua pun cuak gak dulu, cuma gua tenang ja nak hadap spm ni, sebab gua tau, abis teruk pun gua kena reja ja...tak pun jadi askar kalau result gua cam cilaka. tapi, apa mau risau, spm ja kot, so, ini lah masanya nak menghabiskan masa ngan baju kuning dan seluaq koko...seluaq ijau?apa lancau..tu budak-budak biasa..gua pengawas sekolah yang tak penah tulis nama orang wat salah..nasib masa ni abang gua yang penah jadi ketua pengawas sekolah dulu dah kat gombak.tak dak la gua calarkan nama baik beliau..

gua masih ingat..pada pagi hari rabu..

mentari menyinar lemah..padang sabar tempat gua jadi speedo nampak lembab ngan embun. muka budak-budak baru turun bas sekoq-sekoq muka malas nak pi sekolah, mata sembab..bangun terkejut gamaknya.

gua angkat beg sekolah gua, gua buka and usha kat dalam..ada sekeping buku ngan sebungkus nasi goreng mak gua bekalkan untuk time rehat.

gua usha jam kat henset navigator gua..ok..gua tipu...gua mana tau apa lancau pasai henset time ni...gua usha jam kat tangan mali, baru 7.30 pagi.

gua usha yen yang baru form 4 masa tu. gua usha dia atak cenyum sama gua..cilake!!!ni signal tak baik ni.

yen juih mulut kat gua seperti memberi isyarat untuk sebarang cadangan pada mali.

gua cucuh dunhill sebatang. sambil menyedut sedalam-dalam..dan menghembus..

gua sound kat mali..

'mali..bila last hang tak pi sekolah?'

'aku?2 hari lepas ngan hang kat rumah majid...jangan dok wat lupa..aku hawing kot nanti bab..'sound mali balik.

'haram..aku tanya ja kot..semalam aku tak nampak pun hang kat sekoalh..tu aku bajet hang tak pi..'

'pelaq betoi...aku pi la weh..aku tidoq dalam library..'*cewah..speaking kau mali*

'tak pa laa...aku saja tanya..bukan pa..aku sebagai kawan hang...nak pesan kat hang...kita next week dah nak spm..dok terkinja-kinja lagi..kadang-kadang aku risau gak..tengok hang, bukan pa...nama hang dah la nak sama cam nama aku, aku rasa bersalah la kalau hang tak lepas spm mali..'gua memberi nasihat sambil menyedut dunhill yang murah sedalam-dalamnya.

'dah tu..hang ingat aku tak risau ka bab?aku pun risau gak..'

'haa...baguih la kalau hang risau mali..aku tengok budak-budak lain pakat dok wat study group apa bagai...cikgu pun bukan amik port sangat kat student power cam kita ni...student pemusnah harapan sekolah..'ujar gua sambil di sambut oleh sora yen yang terkekeh-kekeh.gua hawing gak budak yen ni.

mali termanggu. sebelum kaki dia meyepak engkoi ex5 ACM dia.

'jom bab..aku rasa insaf pagi ni..yen...hang pikap ucop..bab, hang naik ngan aku..'

'aik..awainya..lek lu..kok tang...blum 740 pun lagi..'sound yen.

'ntahnya...rokok aku pun tak abeh lagi ni..'gua protes.

'laa..tadi beria nasihat aku kemain..?sound mali.

'memanglaa aku nasihat..aku rini plan nak study grup la ngan hang ngan ucop..'

mali usha gua atas bawah..gua syak mesti dia nampak gua kecik ja time tu..terus gua capai helmet gua celapak naik EX5 mali.

throttle dipulas..ACM meluncur membelah dingin pagi hari rabu...

sejam kemudian.

'amacam mali?ok dak tempat study group kita pagi ni?'sound gua sebelum membuat satu junaman ke dalam ayaq di Burmese Pool aka Batu Hampar, Taiping.

pagi tu gua ponteng untuk kali terakhir as a budak sekolah beruniform di Taiping..sedap habaq hang mandi ayaq terjun pukul 8 lebih.orang pun tak dak.

woha!

SPM tu minggu depan..bukan arini..tu kata-kata hikmat gua yang gua pegang.

Wednesday, November 30, 2011

compass marching itu hobiku selepas mengumpul setem

melakukan compass marching dalam kebun getah adalah sangat kool..

paling penting adalah trekker dan pembaca peta tidak silap membuat pembacaan..

dan yang paling penting..

objek yang ditembak oleh trekker boleh dihadam dan dipahami dengan mudah..

sebagai contoh salah..

sesi menembak bearing dilakukan dalam kebun getah..

dan arahan pertama yang diterima oleh anggota sindiket dari trekker adalah..

'ok guys..aku dah tembak..kita gi kat pokok getah yang ada putih-putih tu..'

ahli sindiket dengan lurus mencari pokok getah yang ada putih-putih..tapi..gagal..semua pokok ada putih-putih.

'eh silap..ni..korang tengok pokok getah yang ada bekas kena toreh tu...'

sekali lagi ahli sindiket yang lurus mencari... #facepalm

'weh korang..ok kali ni betul dah..korang tengok pokok getah yang ada mangkuk getah tu..haaa..kita gi kat situ..'

ahli sindiket start cucuh rokok..agak sukar mencari pokok getah tersebut.

tapi..tu bukan sesi gua jadi trekker..sesi gua lagi mantap...apa barang main dalam kebun getah..

gua kasik sesat sindiket panjat bukit..apa adahal..gua memang dari dulu gagal compass marching..cilake!

tapi tu bukan salah gua..peta tahun 1985 laa...hamjad betoi!

Wednesday, October 12, 2011

Sebuah analogi...

pakcik kasman buka kedai...tapi kedai dia luas..

dia ada la pekerja dia sendiri..macam-macam perangai pekerja dia ni ada..
ada hat komited, ada hat kipas jubuq, ada kaki tuang..aish..macam-macamlaaa...cuma pak cik kasman tak dan nak pantau la pekerja kedai dia..

disebabkan pakcik kasman ni ada lot luas lagi, dia bagi la orang lain sewa lot-lot tersebut..buleh la income atas sewaan tu..orang hat dok menyewa lot kedai dia macam-macam orang ada, ada hat bisnes tanah, ada bisnes kapal terbang, and tak kurang jugak orang tebaq roti canai..hatta kutu malaun MLM pun ada...macam-macam la orang dan bisnes depa...

pak kasman ni, tiap-tiap tahun dia wat review bajet kedai dia, kalau alaa untung..dia bagi la bonus kat pekerja dia..kalau untung tak berapa nak untung dia bagila setakat mana hat buleh...tapi..untuk pekerja dia la bonus tu..

untuk-untuk penyewa tu..ada gak dia bagi, dia bagi la diskaun sewa kedai...lagipun penyewa-penyewa dia tu pun ada pekerja gak depa nak bayaq gaji..depa nak maximize untung..kira ada la gak pertimbangan dari pakcik kasman...

cuma...bila tiap-tiap tahun pak kasman review bajet kedai dia...

pekerja-pekerja kedai lot penyewa lak yang bunyi tak puas ati sebab si kasman ni tak bagi bonus laa apa laa kat depa...tak prihatin la...

nasib pak kasman terkesima sambil garu kepala jaa...

dia pikiaq...

pasaipa penyewa lot kedai dia yang menggajikan pekerja.....dia pulak yang kena bagi bonus kat pekerja-pekerja tu?walhal dia sendiri ada pekerja yang nak digajikan..dah tu..untung tahunan pekedai tu takkan dia makan sorang?

Sunday, October 9, 2011

steve jobs RIP..bapak dia muslim...pakcik dia orang sungkai...sepupu dia budak sekolah gua

last week mendiang steve jobs dah RIP..

bersepah orang pakat wat artikel, kopipes pasal si mendiang...

kalau buka fesbuk ngan twitter..lagi mencacai pakat dok bersedih atas kematian seorang genius..

ucapan terima kasih kepada mendiang yang tak pernah lu orang nak amik port jadi berjela-jela panjangnya..

nasib gua memang jarang sangat sangat dah nak mengadap fesbuk..

baik gua layan radio pujaan sirap..biaq la segmen dia sama ja dari gua start dengaq dulu..

gua masih mampu tertawa..

tapi..gua tak sangka..pasal steve job pun gua boleh tertawa..bukan sebab kematian dia..nope!tapi sebab ada la kutu yang buat post pasal steve jobs keturunan muslim..

ni haaaa!!!!!!!!!!!

ok..ni apa yang dia tulis la dari segi pengkajian dia yang tak layak untuk dijadikan sebagai sumber rujukan..lemah!post yang gua iktiraf sebagai tidak ilmiah, tidak bagus untuk tatapan muda-mudi malaysia..bagus lagi lu orang baca pasal post pian cerita pasai bomba tu..konpem-konpem menda tu betui and relevan lagi.

tak payah baca panjang-panjang post yang lemah dan tak berinformasi camtu...

baca tajuk pun lu orang patut klik sign pangkah kat kanan tu haaa...jangan bazirkan hidup anda...

yang gua nak tekan kat sini...dan lu orang yang baca ni pikiaq laa..

apa itu keturunan?

apa itu bangsa?

apa itu penganut?

paham?

ok...baca ayat nih..

seseorang penganut sesuatu fahaman or agama boleh datang dari pelbagai jenis bangsa,dan fahaman dan agamanya buleh berbeza dengan keturunan terdahulu...

keturunan dan bangsa itu berkait rapat..

tapi keturunan dari sebuah bangsa itu boleh jadi terhapus sekiranya berlaku asimilasi ataupun exterminasi secara total..secara holistic..

ambik contoh bangsa dan keturunan Hittites, Akkadian, Sumerian, Scythians..mana keturunan depa ni lani?

yaa...orang akan cakap...depa ni lani adalah leluhur agi orang-orang di eastern Europe..di balkan, di iran or iraq..

yaaa...memang..kalau dilihat pada genetik dan hubungkait kromosom, boleh dibuktikan, tetapi, adakah seseorang itu akan di'bangsa'kan dengan bangsa akkadia>dengan bangsa sumeria?tak bukan..dia akan di'bangsa'kan dengan negara bangsa.

jadi..

berketurunan muslim...yakni bermaksud..mewarisi genetik dan darah dari seorang arab syria yang dibesarkan oleh keluarga islam...

gua tekankan sekali lagi..mewarisi GENETIK..ARAB SYRIA..ISLAM..

so?apa adahal?genetik sahaja...

kalau la nak dikira leluhur gua dulu-dulu sebelum kedatangan islam kat melaka..kiranya gua berketurunan hindu sanskrit kah?dem!ataupun penganut mahayana?either 1..kan?hakhakhak..

so...

apa pentingnya genetik tuh der?genetik seorang muslim takkan memastikan anak beliau jadi muslim...berapa ramai melayu murtad lani?hahahahahaha...

keturunan muslim tuh...

btw..

gua tertarik la gak ngan post dia pasal penjagaan anak tu selepas bapak steve job pancut dalam vagina mak steve jobs and diserahkan kat satu family kapir jaga..

so...bagi pemahaman gua..sekiranya steve jobs ni bapak dia jaga..jadi..dia akan jadi seorang muslim dan kemudian berjaya jadi seorang genius yang akan membanggakan umat islam yang lain?hahahahahahahahaha...

my ass!

tu la..kecik-kecik tak nak beli or pinjam kaset raihan..

besaq-besaq terus nak wat blog..lempang lelaju kang!

sindrom mengkaitkan kejayaan seseorang dengan Islam ni dah lama dah ada...sampai gua masa tak bersunat dulu pun percaya...Neil Armstrong masuk Islam...cilaka la sapa yang menyebarkan berita pelesu itu!!!!

Prince Diana mati dulu pun nak associate ngan Islam...

MJ pun ada jugak..

aaa...agak-agak..Lee Kuan Yew ngan Kim Jong Ill lu orang tak nak associate gak ka nanti?

nasib Ham si chimpanzee tu jelas-jelas beruk..kalau tak..haa..panda-pandai la lu orang hadam!

seriusli der...gua benci lu ngan post lu...sebab gua tau lu tak mengkaji pun..gua kenal ramai lahanat cam lu masa undergrad dulu...mudah percaya pada sesuatu dan sebarkan...cilake!!naya adik-adik gua yang mudah terpengaruh ngan menda-menda camni..

seriusli..adik-adik gua yang baca menda ni...jangan dok pecaya sangat ngan apa yang orang dok share tu..

peluru kebaikan yang dilancarkan dengan peledak berbelerang fitnah....elok ka tak?

Tuesday, October 4, 2011

combat itu untuk hero sahaja....

pagi yang terang benderang...

mentari yang memancar cerah...

embun-embun dingin di hujung daun serai...

dan aliran air longkang sebelah rumah pali yang mengalir laju bersama alga-alga yang tak cantik pun..

ianya tak menghalang langsung pali untuk terus melangut dan bertapa di dalam kain gebaq di atas katil...

pagi yang nyaman camtu..adalah sangat elok untuk membuat persediaan bagi aktiviti petang...

lagipun musim cuti sekolah...apis ada, hanis ada, mat kopi ada..husin pun ada...

secara mendadak populasi kanak-kanak lelaki meletus kat area kejiranan pali..

petang semalam pali dah jumpa satu papan lebih kurang sedepa panjang pali masa tu...

pi masjid malam semalam dan jugak pali pi kedai dagu beli getah lastik...

perjanjian dah di buat ngan apis and the geng...eh..apis and the cousins...

petang ni pasti jadi!

berbekalkan parang kontot..dan kertas pasir...maka pagi tu pali memulakan aktiviti menarah papan...tanpa sebarang lukisan kejuruteraan..cuma berpandukan sketch maya dalam pala sahaja.

selesai menarah..pali licinkan mana-mana selumbaq ngan kertas pasir yang pali rembat bapak dia beli.pali mana ada modal nak beli barang-barang eksotik camtu lagi.

selesai proses pengkertasan pemasiran*jadah..mana ada terma ni dalam seni pertukangan* pali ikat getah lastik kat hujung papan..

maka siap laa...persediaan pali petang tu..yakni sepapan M16. untuk permainan combat. apa barang main kawen-kawen,main tali getah,main masak-masak,main pondok-pondok..tu semua permaianan anak-anak gadis yang belum haid lagi.pali dah sunat..rasanya laa..ahh...bukan penting pun part sunat tu...jiwa mau kental main combat nih!

petang tu..pengumpulan dibuat di kebun nyok aka kebun kelapa la *tu kalau ikut bahasa tomoko*, belakang umah tok apis.

'weh..nak guna peluru apa ni?terung bulat tak dak dah..abis dah licin mak sedara aku wat ulam..'apis menerangkan situasi bagi petang tersebut.

tanpa terung bulat, permainan combat tak mungkin buleh berlangsung..apa guna permainan combat kalau setakat nak guna bunyi mulut seperti camni.....

-'tet..tret..te!!kebaabooomm!!!woi! hang mati dah aku tembak dulu!'-

ini tak kool!!!

pali terduduk sebentar atas tunggul nyok yang ditebang sambil otak liar memikirkan mana-mana pokok terung yang buleh dirembat.namun fail!!

pali dah fed up..pali memang menantikan permainan ni sejak dari semalam lagi..macam mana pun kena teruskan..

'weh..kita guna ni ja laa wat peluru...'pali lantas bersuara.

apis ngan anis tergamam..cuma mat kopi ja yang mengangguk tanda setuju..

'hangpa berani dak?'pali tanya lagi.

semua yang ada berpikiaq la kununnya..selama 3 saat..

sebelum kata putus dicapai..yaa..depa semua bersetuju untuk teruskan permainan combat..

menggunakan peluru batu kelikir...bagi menggantikan terung bulat..

dan hasilnya dari idea bangang tersebut...

memang combat berdarah petang tu..

tengah belakang..

pangkal paha..

betis dan lengan..

benjolan di dahi...

namun semua kepuasan bermain combat..sok petang sambung balik...begitulah persetujuan bangan yang dipersetujui oleh semua hero selepas puas bercombat dalam kebun nyok..

cuma pali agak gusar laa..apa pali nak bagitau kat mak gua nanti atas kecederaan minimal yang dia terima petang tu..

silap-silap...mau pali kena interogasi ngan mak dia guna getah paip kaler oren nanti..sebab main menda bangang..

'aahhh...kata hero..mana buleh takut...kalau kena tibai pun..sok pasti gua main lagi..gua memang kahaq!kalau takut ngan getah paip oren..baik main kawen-kawen...tak pun main toi!!!tu prinsip gua!'pali bermonolog.



keesokkan harinya..

'weh..jom main toi nak?gua rasa tak sedap badan la rini nak main combat...'ujar pali sambil ujung mata memerhatikan mak beliau yang sedang menyapu halaman rumah...menggunakkan getah paip oren...

walaupun hakikatnya mak dia menyapu menggunakan penyapu lidi.

*toi- galah panjang

Monday, October 3, 2011

Friday, September 30, 2011

Bomba Takdak Gheja?

Merujuk kepada tajuk diatas, suka rasanya untuk aku memberi penerangan kepada rakan-rakan pembaca juga rakyat Malaysia apa itu kerja Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.Hati aku agak tersentuh, bila terdengar ayat-ayat dari orang awam yang berbunyi lebih kurang begini

"Ala,bomba bukan ada kerja pun, hari-hari dok lena di balai tunggu api ja".

Contoh ayat ke dua .

"Untung la laki hang kerja bomba, banyak masa free, nak buat partime pun senang"

Mula-mula aku dengaq macam ni.Hati ni rasa hangat jugak.Mau ja aku sound dan sekolahkan sapa-sapa yang mengeluarkan kenyataan itu.Tapi bila pikiaq-pikiaq balik bukan salah depa pun, depa tak tau dan tak mau amik tau.Jadi di ruang yang agak terhad ni.Mai aku nak cerita apa itu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.Di dalam siri-siri ceramah yang aku dok atttend, apabila aku tanya audiens apa itu kerja Bomba,antara jawapan yang selalu sangat aku dapat ialah:

"Padam api la Tuan.Apa lagi"

"Tangkap ulaq laa"

Bukan setakat budak sekolah ja yang bagi jawapan macam ni.Pensyarah-pensyarah, golongan profesional pun ada yang bagi jawapan macam ni.Menunjukkan betapa beginilah tahap pengetahuan dan mentaliti rakyat Malaysia.

Pertama sekali, biar aku huraikan mengikut akta iaitu Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341),Seksyen 5,
Tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba ialah :

Sub.(1) Tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba hendaklah:-
(a) mengambil langkah-langkah yang sah bagi:-
(i) memadam,menentang,mencegah dan mengawal kebakaran.
(ii) melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
(iii) menentukan adanya jalan keluar kebakaran,penyenggaraan dan pengawalseliaan yang baik.
(iv) menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku
kebakaran.
(b) menjalankan penyiasatan tentang sebab,punca dan
hal keadaan kebakaran.
(c) melaksanakan khidmat kemanusiaan,termasuk
perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya
apa-apa bencana.
Sub.(2) Jabatan Perkhidmatan Bomba boleh,selain daripada
tugas-tugasnya dibawah sub.(1),melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungkan
kepadanya oleh undang-undang atau sebagaimana yang diarahkan olih Menteri supaya dilaksanakan.

Hangpa paham dak ni? Kot ada apa-apa soalan, sila lontarkan pada ruangan komen.Daripada akta ini, jelas menyatakan bahawa Bomba ada lagi kerja-kerja lain selain dari padam api dan tangkap ulaq.

Yang ke dua, apabila berbicara soal keselamatan sebenarnya terbahagi kepada dua aspek iaitu security dan safety.Cuma di dalam bahasa Melayu cuma ada satu perkataan untuk kedua-dua istilah itu yakni KESELAMATAN.Tanggungjawab siapa? Peranan siapa? Tugas siapa? Mungkin anda pernah dengar ungkapan SAFETY FIRST, tapi pernah anda dengar ungkapan SECURITY FIRST?

Di dalam penentuan keperluan keselamatan kebakaran (fire safety), terutamanya yang melibatkan bangunan termasuk rumah yang kita dok duduk ni telah ditentukan oleh Bomba berpandukan peruntukan UBBL (Uniform Building by Law 1984).Dan tahukah anda, setiap projek-projek pembangunan perlu dihantar pelan cadangan pembinaannya untuk disemak dan disokong oleh Bomba.Setelah disemak dan disokong, Bomba akan menjalan kerja-kerja
pemeriksaan untuk sokongan sijil layak menduduki (CF).Ini semua adalah untuk menentukan bahawa risiko bahaya kebakaran berada pada tahap minima dan nyawa penghuni itu sendiri.Untuk sesapa yang tak tau, pengeluaran CF adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan(PBT).Apa hangpa ingat kalau Bomba tak sokong berani PBT nak keluarkan CF? Mau terbakaq sapa nak jawab?

Selain dari tu, Bomba jugak mengeluarkan sokongan perlesenan untuk premis perniagaan, tadika-tadika,pusat asuhan kanak-kanak IPTS dan lain-lain.Yang terbaru untuk sokongan
sewaan ruang pejabat kerajaan.

Yang ke tiga, Di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN),Arahan-20 Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara Bomba merupakan agensi penyelamat utama sekiranya berlaku insiden di darat.Kalau insiden melibatkan "hazardous material" Bomba akan incharge 100%.Pernah ada orang yang mempertikaikan point "agensi penyelamat utama" yang aku nyatakan disini.Katanya, depa pun penyelamat jugak.hahahaha.Padahal, dalam arahan tu dah jelas menyatakan demikian.MKN kata, bukan aku kata.Dalam pengalaman aku menghadiri operasi menyelamat, agensi -agensi lain yang kononnya "penyelamat" gagal menjalankan kerja-kerja menyelamat.Pasal apa? Pasal tugas sebenar depa tu bukannya menyelamat.They are not qualified to do the job.They just have to assist.

Yang ke empat, di dalam soal keselamatan (security) negara pula, Bomba juga tersenarai sebagai ahli dalam Jawatankuasa Sasaran Penting di bawah Kementerian Dalam Negeri.Sasaran penting di sini maksudnya infrastruktur yang berkepentingan tinggi seperti empangan air, janakuasa, hospital dan lain-lain.Yang mana, semua ini berpotensi untuk menjadi sasaran awal serangan pihak musuh.faham semua sekali?

Yang ke lima,Bomba juga turut menyumbang di dalam aspek pelancongan yang mana juga disenaraikan sebagai Panel Jawatankuasa Pengkelasan Hotel- Hotel.Senang cerita, berapa "star" nak bagi kat hotel tu, Bomba jugak terlibat.

Berbalik kepada isu tangkap ulaq tadi.Tahukah anda yang itu sebenaqnya adalah kerja PERHILITAN? Atas dasar khidmat kemanusiaan dan masyarakat, kami laksanakan jugak.Padahal di dalam perjalanan kursus Bomba, tidak ada pun kursus tangkap ular yang ditawarkan.Sama jugak la ceritanya pasal tebuan.

Semalam aku tengok berita, ada bangunan nak runtuh di Terengganu pun Bomba dipanggil.dan tahukah lagi anda itu adalah sebenarnya tanggungjawab JKR?
Bomba cuma boleh komen dari aspek keselamatan kebakaran sahaja.Sebab itu di dalam latihan pengungsian bangunan, aku selalu cakap yang latihan ini bukan untuk kebakaran sahaja.Untuk gempa bumi boleh, tsunami pun boleh dan bangunan nak runtuh pun boleh.Dan agensi yang bertanggungjawab untuk memantau latihan pengungsian ini adalah JKKP(DOSH).Sama jugak ceritanya, pasal shopping complex Empire tu, letupan gas adalah dibawah bidang tugas Suruhanjaya Tenaga.

Dalam aspek pengangkutan, setiap kenderaan perdagangan perlu ada sekurang-kurangnya 1 unit alat pemadam api.Apa hangpa ingat suka-suka Bomba mintak hangpa letak?
Mau terbakaq tengah highway, mana hangpa nak cari ayaq? Atau kot ada kenderaan lain yang terbakaq.Boleh la jugak hangpa membantu.Kot kalau jadi kat jalan yang berhampiran kedai-kedai.Boleh jugak hangpa pi lari ambik alat pemadam api kat kedai-kedai tu.Untuk makluman hangpa, setiap premis perniagaan, Bomba akan syaratkan ada sekurang-kurangnya alat pemadam api.Untuk makluman hangpa jugak, setiap kenderaan perdagangan yang membawa "hazardous material" semacampetrol, diesel, asid dan lain-lain, harus mengisytiharkan pergerakan depa kat Bomba.Sepatutnya, JPJ jugak kena main peranan pasal itu bidang tugas depa.Tapi setakat ni tidak ada lagi la arahan depa akan turut sama.Sebab tu kalau hangpa perhatikan, dalam tiap silinder gas akan ada perkataan DOT yang bermaksud Deparment of Transportation.

Mungkin sebab hangpa selalu ingat perkataan BOMBA tu saja, hangpa terlupa perkataan PENYELAMAT tu.Atas dasar PENYELAMAT lah macam-macam kerja kami buat.

Ok, clear setakat itu? Aku harapkan dengan penulisan ni, dapat lah kita mengubah persepsi kita berkenaan Bomba ni.Bukan aku nak mengungkit pasal kerja kami.
Cuma nak bagi penerangan.Di kesempatan ini, suka jugak aku menyeru kepada sapa-sapa yang membaca, simpan lah nombor telefon Balai Bomba dan Balai Polis yang berdekatan anda.Jangan dok harap dail 999 ja.Kalau hangpa dail tu, memang merata la talian hangpa pi.Dah tu, hangpa mula la gaduh kata Bomba lambat.Ini satu penyakit yang ada dengan orang kita.Komplen "Bomba lambat"

Sebelum aku tamatkan penulisan aku ni, aku teringat kata-kata seorang mamat Amerika yang aku jumpa masa aku berkursus dulu.Dia kata, (aku alih bahasa siap-siap)

"Di Amerika, apabila sesuatu tempat tu dihadiri oleh Tentera, apa yang kami fikirkan ialah pengganas ada di tempat itu.Apabila Polis menghadiri sesuatu tempat, kami fikirkan yang kawasan itu ada penjenayah tetapi apabila sesuatu tempat dipenuhi Bomba dan Penyelamat, kami merasa selamat sebab penyelamat ada berhampiran kami".

Bukan niat aku nak condemn agensi lain.Tapi apa yang aku nak nyatakan disini ialah betapa tingginya perspektif masyarakat luar terhadap Bomba Dan Penyelamat.

Wednesday, September 28, 2011

Bola oh Bola

Semalam aku pi ke stadium tengok bola dengan Kadiaq.Turut sama bersama kami berdua ialah squadmate Kadiaq iaitu Samad dan Man.Aku mengaku yang aku ni bukan kaki bola sangat.Main bola pun tak berapa pandai.Tapi atas semangat kesukanan dan ajakan kawan-kawan aku pun pi la stadium.Tambahan pula game malam tadi melibatkan pasukan negeri kelahiran aku menentang pasukan negeri tempat aku berkhidmat.Walaupun malam tadi hujan, tapi tak ramai yang berganjak balik.

Secara keseluruhannya, bagi aku game tu biasa-biasa saja.Bukan aku nak condemn bola sepak Malaysia tapi itulah hakikatnya.Cuma bab yang aku nak sentuh di sini ialah bab penyokong.Ya,apalah taraf sesuatu pasukan tu
kalau tanpa penyokong.Macam artis- artis selalu cakap."siapalah saya tanpa peminat"

Bagi aku,walaupun sefanatik mana pun anda menyokong sesuatu pasukan itu moral atau akhlak anda harus dijaga.Malam tadi, penyokong -penyokong tuan rumah agak hangat setelah 2 gol dari pasukan depa tidak disahkan oleh pengadil.Di sini aku nampak sikap tidak baik penyokong-peyokong kita.Ada sekelompok mamat berkopiah tak habis-habis mulut dia dok maki pengadil.Habis kaum keluarga pengadil tu dimakinya.Segala alat sulit dan kemaluan disebutnya.Bangsa pun dihina malahan agama turut dicerca.Kot hang nak lancang sangat, bukak la kopiah tu simpan dalam poket.Jaga sikit imej yang hang bawak tu.Bila orang lain diam,hang boleh terkinja-kinja sorang-sorang dok meraban tak tentu hala.rileks la bro.apahal lu nak emo-emo sangat ni?

Lebih tak profesional lagi, bila si pengadil-pengadil tu berjalan lalu ke bilik persalinan.Macam-macam hangpa campak kat depa tu.Terima kasih kepada abang-abang polis yang membuat kawalan keselamatan yang bagi aku cukup cemerlang.

Walau bagaimanapun, sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada pasukan Perak yang berjaya melangkah ke suku akhir.

lu orang tau dak?

masa gua sekolah rendah dulu...

cikgu-cikgu yang mendidik memang ganas dan tegas...

kalau setakat kena tibai ngan pembaris kuning tu..budak-budak baru nak up ja hat layak terima...

duster ke kepala?

ataupun kapur terbang..?

penarikan side burn sehingga meleleh air hidung sambil jengkitkan kaki?

cubitan memulas perut?

penampaq kat mana dan?

berdiri atas kerusi?

berdiri atas meja?

berjalan itik dalam kelas?

adakah hukuman ni mampu mengubah perilaku kanak-kanak genius cam gua dan warga SRK yang lain?

no...no..no..

ini semua hukuman yang gua rasa tak mampu diamkan or jinakkan murid-murid sekolah rendah...

gua ingat...

cikgu sekolah rendah gua senang ja nak bagi budak-budak kelas gua diam..

dia ubah seating gua and kawan-kawan gua bagi dok sebelah awek...kalau kena dok sebelah zakiah ok la gak..tapi zakiah kelas kuning...budak-budak hero kelas merah..tak gitu pian?

gila...mati kutu gua bhai...mana buleh main rubber...bukan raba2...rubber ok?

mana buleh main wrestling ngan budak pompuan...nanti depa riau..

nak bersembang gaban or suria baja hitam?aah...depa mana tau..main masak-masak ngan kawen-kawen reti laaa...tu belum bukak topik cerita combat lagi...

tapi yang gua tak puas hati..

gua cuma mangsa keadaan...masa sekolah rendah dulu gua jinak...gua mana lari-lari dalam kelas...gua siqoh!

Monday, September 26, 2011

team kesayangan hamba

masa team kesayangan hamba dulu jadi invicible...gua memang seronok...

best tengok game epl..epl tu sekali gua pandang dah cam pusingan kelayakan peringkat kelompok 2 daerah kerian ja..betapa powernya team kesayangan hamba ni...

tapi..time tu gua tetap rilek.tak dak nak nganjing-nganjing kutuk team lain yang tak power..sebagai contoh..team manure...yang tak power tu...gua rilek ja tak dak gua nak bagi panas line...nak wat camna..team kesayangan hamba ni memang power...

tapi..

lani..gua tengok...kalau game manure ja..budak-budak pakat bersorak even kalau seri pun..dey macha!!!seri ja kot...sebagai contoh...cam kat bawah ni...



ini contoh sampah...

gua memang fanatik gila hadas besar anti manure ni...

tapi..

kalau setakat seri ja pun...

tak jadi kudis bhai..tak jadi kudis...

tak payah la lu orang nak bersorak bagai manure dah relegated...nak tunjuk kulup sapa paling panjang la dengan lu bajet lu buleh nganjing manure fan kat kedai mamak?kira lu kool la?

dey!gua penah dah rasa kena nganjing la masa the invicible dulu...arsenal seri budak2 kutuk..apa adahal?sejarah dah tertulis...unbeaten bhai!!unbeaten..setakat seri tu tak dak hal laa....

so..budak-budak baru nak up ni..tak payah la bersungguh nak menyokong bagai nak berjihad di jalan Allah..mengutuk supalancau bagai...

gua kena kutuk arsenal kena kitai?
gua lek ajer...sebab dulu pun gua penah nganjing budak2 liverfool...budak2 manure...budak2 chelsea...budak2 shitty ngan QPR ja belum..sebab tak layak masuk dalam list gua...

hati terguris?maruah tercabar?tapi gua rasa lagi loser bila menunjukkan keseronokan team lain yang menyekat manure..walhal...budak-budak manure lek aje...8-2...sepanjang hayat...hahahahahahaha...

itu lu orang buleh puas ati?cet!gua tak rasa kool pun kalau team lain kitai manure...ada beberapa team bola ja yang buat gua rasa bangga kalau depa buleh tapau manure... Arsenal, Perak, Malaysia ngan team bola SRK Bagan Serai..ni ja team yang buleh wat gua rasa proud dan rasa nak membahan kaw-kaw manure nih..hakhakhak...

kalau team lain tu...ok laa...gua tak la rasa cam 2 kutu kat atas ni...hakhakhak...

gua syak ni budak-budak baru nak up...yang tak dak modal nak bahan manure...hahahahaha...

selalunya laa...

gua kalau tak dak menda nak bahan manure...gua bahan budak-budak baru nak up camni yang sokong arsenal.

hahahahaha....

apa adahal?kan?

Panas! Panas! Panas!

Hari ni memang hari panas gua.Kiri kanan atas bawah depan belakang panas jer gua rasa.
Mula- mula dengan peel pos ekpress ni.Dah 2 kali surat gua sangkut kat tempat bukan-bukan.
Nasib baik untuk kali kedua ni, ada abang besar Hanis Mayonis boleh tolong gua.Tak pasal-pasal
gua kena karang surat rasmi persis yang gua belajar dengan arwah cikgu Tarmizi (Al-Fatihah) masa gua darjah 5 dulu.Gua dengan Pali sekelas masa tu.Pali pengawas pusat sumber, gua tidak.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Hanis.Jangan ingat orang tua tidak boleh menyumbang apa-apa kepada masyarakat di zaman kontemporari ini tau.Dah la gua bayaq mahal untuk untuk surat-surat tu.Dah la ada dokumen penting yang perlu sampai tepat pada masanya.
Memang buat gua panas!

Yang ke dua pulak, peel adik gua yang mengaji kat PSAS.Hangpa tau apa itu PSAS? Tak tau pi cari sendiri.Malas gua nak suap semua sekali.Cuba la berdiri diatas kaki sendiri.Ha, tengok? kan dah tak pasal-pasal aku berseloka di sini.Khas untuk adik-adik yang baru nak up.Yang mengeja kita menjadi kitew, sangat menjadi sangad, rasa menjadi raser,
ya menjadi ea,sayang menjadi cayunk.Hangpa semua memang hebat.Hebat dalam menjahanam.
Memang buat gua panas!

Pasal apa gua panas dengan dia,rasanya tak perlulah gua sebutkan di sini.Yang penting gua memang panas.Apa-apa pun, gua tak pernah lupa dengan tanggungjawab gua
sebagai abang long dalam famili gua.Gua kena jaga adik-adik gua.

Yang ke ketiga, dengan boss gua.Dah 4,5 kali dah gua bagi benda yang sama kat dia.Dok mintak-mintak lagi.Apahal la dengan boss gua ni.Boss punya balang gula lupa tutup ketat-ketat ka boss? Tapi gua nak bising lebih-lebih pun tak guna pasal gua bukan boss.
Kot mana pun gua tetap kena akur dengan frasa "Saya Yang Menurut Perintah"

Lu orang yang baca ni jangan nak buat gua panas pulak.Kang gua terajang sekoq-sekoq!

Sunday, September 25, 2011

indahnya bintang-bintang malam

gua memang minat bab mancing ni, maksud gua mancing ikan la, mancing orang gua tak penah wat la, orang ja yang dok pancing gua, gua dah lali menda-menda kena seduce, ngorat-ngorat nih. nasib gua jenis tak amik port sangat, kalau dak mesti gua tak dak masa nak apdet blog.

dari kecik lagi gua dah dibiasakan ngan mancing ni, dari ikan darat bawak ke pesisiran pantai paya bakau dan jugak pantai berpasir, gua dah layan..laut dalam ja gua tak dak experience lagi. tapi, gua nak gi gak, nak gak gua merasa bawak naik ikan laut dalam. buleh gua post gambaq dalam fesbuk.

tak kira masa, pagi ka petang, hatta tengah malam pun gua penah mancing. tak kira dah mana tempat, dengaq ja ada port orang mancing, gua memang usung gewang gua pi beli umpan udang idup, buleh terpacak kat satu-satu tempat tu dengan semangat yang kitu. kebosanan memancing tak dak dalam istilah hidup gua. dari gua tercongok depan pc tengok fesbuk yang membosankan, baik gua mancing ikan.

cuma kat sini, aktiviti mancing gua lebih kerap sebab housemate gua nickname koji ni tahap hardcore dia sikit lagi nak sama cam gua. mana buleh lebih, ni cerita gua..apa babi orang lain boleh lebih dari gua kan?

kalau dua-dua dah terbosan kat rumah tak dak watpa, maka, batang gewang menjadi perhatian. penat bekerja seharian bukan penghalang nak pi mancing. port utama di pesisir pantai tujuh, tumpat. senang cerita, kat muka laut laa..apa adahal?

selalunya, gajet kami cuma batang pancing, bekas polistrene, box pancing, torchlight ngan pam oksigen untuk udang. gua ja lebih sikit...ada bawak rokok.

cuma..ada sekali gua ada sedikit sangsi bila gua tengok koji bawak bekas panggang ikan ngan sosej sepeket.gua dah saspek lain macam. konpem la gua tanya..gua bukan buleh tengok barang-barang tak berkaitan ni ada dalam program mancing gua ni.

'lu nak buat pa ngan tempat panggang ikan ngan sosej ni koji?'

'buat BBQ laa..sambil-sambil pancing ikan kita wat unggun api tepi pantai...nyaman gak...lu tak rasa cool ke camtu?'balas koji.

'lu ketua pengakap daerah ka masa lu sekolah rendah dulu koji?kata nak mancing, ni semua menda-menda yang buleh wat fokus hilang time mancing ni..lu jangan macam-macam koji..jangan sampai gua libas lu ngan batang pancing ni kalau gua mancing sorang-sorang malam ni!'sound gua.

'lek ar bro..gua konpem mancing laa..lu takkan mancing sorang-sorang punya..'tegas koji.

gua malas nak panjang argument ngan tunang orang ni, gua jadi cepat panas. takut-takut kejadian luar kawalan gua jadi kat koji nanti, mau berceracak mata kail kat tengah belakang dia.

berbekalkan enjin CAMPRO 1.6 kereta bernombot plat melaka, maka gua ngan koji meneruskan perjalanan ke tumpat. reta tak banyak malam tu. maybe sebab sejuk kot,maybe aktiviti mengawan adalah yang menjadi pilihan. manusia yang tak mengawan masa tu cuma gua ngan koji ngan brader buka kedai runcit kat cabang 4 tumpat. gila hapa kedai runcit 24/7?

sampai-sampai ja..gua ngan gaya pro pasang umpan idup dan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

melepaskan satu balingan ke tengah teluk..dalam kegelapan malam yang diterangi cahaya bintang, gua tak nampak mana umpan gua jatuh. cuma bunyi ja gua yang buat gua perasan umpan gua dah selamat mencecah ayaq.

terus gua cucuh rokok, menunggu hasil tangkapan...InsyaAllah...

gua usha koji..dia pun dah setel buh umpan..dan membenamkan umpan ke dasar teluk.setel bab umpan tu..dia bergegas mencari kayu-kayu and pelepah nyok hat ada kat situ, kumpul..nak buat unggun api katanya.

gua walaupun tak berapa nak setuju, tapi gua tolong la gak cari, dengan berat ati gua tinggalkan batang pancing tu. selesai misi pengumpulan bahan bakar, koji pun nyalakan la sabut hat dia jumpa, tapi maybe experience ngan api ni dia kurang, jadi gua amik alih, berbekalkan pengalaman gua dalam proses pembakaran ni, ditambah pulak ngan genetik kepakaran mengenai api yang bapak gua wariskan secara tak langsung, jap ja gua marakkan unggun api tu, tanpa menggunakan bahan kimia terlarang.

cuma gua nak tanya lu orang laa...tu pun kalau lu orang ada experience la kan..

lu orang tau dak, kalau lu orang pakai sweater dok tepi pantai berangin and dok dekat ngan unggun api, suasana dia nyaman sekali?kalau orang mental tak fit, semangat juang tak tinggi cam gua memang buleh landing atas pasir pantai sambil kira bintang kat langit dan terus di buai mimpi.

mana gua tau?

heh!gua tau la..sebab dekat-dekat nak subuh koji kejut gua sebab nak suh habiskan sosej hat dia panggang masa gua bantai tido.

gua tengok muka koji tak puas hati semacam...tapi..gua dah sound awal-awal dah..

menda-menda hat buleh bagi hilang fokus ni jangan dibuat..jangan!

gua takut gua set minda gua ni...dari aktiviti mancing jadi aktiviti camping tepi pantai..bukan gua tak sound.tapi lu degil koji!

gua tau laa..sebab gua memang mudah terjebak.

firsttime mancing gua tak naik ikan!

hamjad!

Saturday, September 24, 2011

cerita hari raya VI

'weh..dindut..dari hang dok posing jaa...baik hang pi buat ayaq..satgi nak siap dah ni ayam hat depa bakaq ni'arah pian laksana ketua rumah sukan SRK bagan serai.

'ayap pa nak buat?'balas dindut dalam wajah yang agak samseng.

'ai...hang tuan rumah takkan kami lak nak pikiaq nak buat apa?'sound awie sambil membuat balutan rokok daun berperisa tembakau acheh.

dindut terdiam sebelum mengatur langkah masuk rumah dia.

proses membakaq ayam diteruskan sebelum di kacau oleh jeritan dindut..

'WEI!!!!AKU BUAT AYAQ LIMAU BULEH DAK?!!!'

'BUAT JAAA!!!!!!JANGAN HANG BAWAK AYAQ KOLAH DAH LAAAA!!!!!!' balas anis yang baru ja sampai untuk makan.cet!!pemalas betoi hanis ni.

10 minit kemudian....

'mak ai..dindut ni buat ayaq limau kaa...pi kamunting beli limau?'ujar pian yang memntingkan kepantasan dan ketepatan waktu.

'lek pian..lek...budak-budak baru nak up memang slow sikit...'balas pali yang sedang merasa hasil masakan malam tu. nak wat lagu mana, kemahiran dia memang standing chef dah kalau bab BBQ ni.

sejurus kemudian..

'wei..siap dah ayaq ni..hangpa jangan dok komplen pulak yaq ni...nak ayaq sedap pi makan kat budin laa...'dindut sound awal-awal sambil meltekkan satu jag besaq atas meja. jelas kelihatan di badan jag titisan-tisan ayaq yang terkondensasi menambahkan lagi nikmat untuk menjamah. kelihatan jugak 2 biji buah limau yang menjadi penambah perisa.

imie yang jugak merangkap pak sedara kepada dindut mengambil langkah untuk merasa yaq tangan anak sedara hat dia tak berapa nak sayang tu.

dituangnya segelas lantas diteguk...seteguk..dua teguk...

sebelum gelas diletakkan kembali sambil memanggil anak sedara beliau dengan wajah serius seorang cikgu

tanpa sebarang makluman ataupun petanda...

diterajang dua kali rusuk kiri dindut persis gaya seorang pemegang talipinggang kuning pelatih taekwondo.

belum sempat dindut bangun...pak sedaranya bersuara..

'hang masuk balik rumah..belah limau ni..perah!!!baru la rasa ayaq limau!!ni baru ayaq gula, tak jadi lagi ayaq limau!!aish!!!paneh lak aku'

Friday, September 23, 2011

tak dan gua nak stim....

nak apdet blog..sila jangan baca pasal politik kat internet..

sebabnya..

nanti idea lu orang hilang!!

cilake punya isu mat sabu!!!!

pundek!

hilang idea gua!

camna la gua buleh pi dengaq ceramah mat sabu dulu masa sekolah?

cilake!

gua kena layan how to lose a guy in 10 Days balik la kalau camni punya minda gua yang dah difakapkan oleh propa internet!

apa ramai budak kulup tak potong lagi ka yang dok pung pang pasai politik?

coish!

gua syak..kalau mat sabu berak and kata taik tu taik KJ punya pun ramai orang caya dan pertahankan statement dia bermati-matian..

wahahahahahaha...

that's why i keep myself shut...there's huge gap between us...

Monday, September 19, 2011

cerita hari raya V

usai menjalani ibadahkunjung mengunjung di rumah imie semasa hari raya, kadiaq mencadangkan untuk beraya di rumah budak kelas beliau, yakni di jalan banjar...

'budak kelas aku masa form 3 dulu...dulu belemoih...aku jumpa baru ni..pergh!macam ratu kebaya!!!'

ayat di atas adalah justifikasi yang cukup untuk kadiaq meyakinkan senior-senior hat tak berapa nak beraya rumah marka sangat. mana buleh raya rumah pompuan...tak kool tuh..walaupun umuq dah menjangkau 24 dan 25.

besala...time ni mana ada pakai reta lagi, suma dok berharap ngan moto ja, pakat-pakat dok belajaq lagi, kot paling kemaih pun kadiaq la, sebab dia dah join airforce...tapi..kemas-kemas kadiaq pun mana buleh lawan senior-senior dia..

maka berbondong-bondonglah...5 buah moto...ada yang berbonceng dan ada jugak hat single rider menuju ke destinasi seterusnya...jalan banjar..ke rumah awek hat dah transformasi dari belemoih kepada ratu kebaya.

kalau dah jiwa ada sikit-sikit elemen rempit...maka, jalan besaq bandaraya tu setakat 120km/h tu perkara enteng..langgaq lampu trafic light tu perkara pejam mata..

full throttle sepanjang jalan dari rumah imie sampai kat jalan besaq...*pergh!!!*

dan..seperti kebiasaannya..jalan bandaraya time raya ni busy lain macam. reta lagi banyak dari kaki lipan.

dan seperti bukan kebiasaan raya..

traffic light depan balai polis tu...tiba-tiba ada anggota trafik hat mengawal lalu lintas.

bagi mata hat cekap ni...sat ja mengawal handle moto dan change gear bagi slow moto berkuasa 120cc...

tapi..bukan bagi dindut yang berjiwa kental..polis tak polis..

traffic light tak traffic light..kehandalan kena tunjukkan!

untuk makluman,traffic light bagan serai itu bernombor..dan semasa sampai depan kedai buku sam min..kelihatan kiraan nombor tersebut adalah pada angka 5...

bagi yang punyai satu nyawa...depa tetap slowkan moto..lagipun polis trafik ada kat depan..

tapi..tidak bagi dindut..

kiraan dibuat dalam hati...

throttle digenggam dan dipulas kemas...

5

4

3

2

1...


kelepek!!!

moto dindut telah menghentam dengan yakinnya..belakang sebuah moto yang cuba membuat pusingan U secara tergesa-gesa..

nasib baik...dindut dan gak brek..tapi..

kejadian tersebut telah menarik minat polis yang bertugas..

sebelum sempat si polis mengucapkan ayat-ayat gerak khas the movie..

dindut dengan pantas dan tangkas change gear dan memecut laju...

sambil diikuti oleh rerakan yang lain yang bawak moto dalam keadaan..tak cemas langsung.

dindut sedaya upaya memecut...namun..tatkala itu....

moto kadiaq dan pali sebagai pembonceng dengan kelajuan 60km/h sahaja...berada disebelah dindut...

dindut tergamam..

namun dan jugak dia sound..

'WOI!!!LAJU LA SIKIT!!!!AKU BARU LEPAS LANGGAQ ORANG!!!!'

dengan wajah yang lebih cemas dari petugas-petugas di wad kecemasan...situasi seperti dia dikejaq oleh 3 biji kuda putih dan sepasukan SWAT pulak...

kadiaq ngan pali tergamam..
sampai ja depan rumah awie...lantas dindut membelok tanpa sebarang signal..

laju ja dia menyorong moto lindung bawah pokok kat rumah awie..takut polis cam katanya..

'abihla aku tak buleh keluaq bagan la lagu ni..moto aku kena aim dah..'

rakan-rakan lain cuma mampu membakar rokok barang sepuntung lagi mendengar keluhan dindut yang terketaq-ketaq kerisauan ketakutan..

walhal..

realitinya..

tak dak sapa pun hambat dia..

polis pun tak dan nak amik nombor plat moto dia..

muka dia bukan feymes pun kat bandaraya tu..ni point paling penting sekali!

Thursday, September 8, 2011

cerita hari raya IV

pali: weh jai..jom mandi ban?lama dah tak junam dari titi ban..ayaq dalam elok ni...jom?

ijai: mandi ban?hang gila pa..mana ada orang mandi ban dah lani...kot nak ajak aku main ayaq pun...ajakla pi LAKETOWN Bukit Merah ka..baru betoi!!

pali: pundek betoi statement hang!

*gila urban jai lani...*

Wednesday, September 7, 2011

cerita hari raya III

tahun-tahun sebelum 2011..

kalau gua wish raya..

'mintak maaf naa?kira 0-0 ok....?'

tak dak hal...

simple...mudah...lebih mudh dari sistem perbankan islam.

tahun 2011..

bila gua wish raya..

cakap 0-0..

ayat stended ja seperti di atas..

jawapan yang gua terima...seperti di bawah...

'mana buleh 0-0 der...8-2 kot..'

'0-0?yeke...?bukan 8-2?'

'palahotak hang 0-0...8-2 la weh...!!!hahahahaha...'

oh..patutlaa...

gua wish raya kat budak-budak penyokong setan merah..

Tuesday, September 6, 2011

cerita hari raya II

'weh...sapa hat dok nyanyi lagu apa nama...mukabuku..mukabuku tu?'tanya pali memecah keheningan panas petang sambil dok kunyah biskut bluebery masa dok beraya umah kadiaq.

'najwa apa ntah..najwa sharif kot..tapi najwa la nama dia..awat?' jawab pian smbil dok amik gambaq sendiri guna kamera henset.

'dak...aku rasa lagu tu supalancau ja lagi...macam orang tak cukup nafas ja..tak pernah dengaq pun nama dia...'jawab pali senafas.

'tau tak pa...ni suma pakat nak ikut yuna la pali oi..aku habaq hang..'anis mayonis pulak mencelah.

'yuna?awat..jenis pakai kain kapan lilit kat kepala sambil dok usung gitar pi merata?'persoal pali bagi mendapat kepastian.

'of kos laa....takkan hang sangsi ngan aku kot pali..aku baca mangga kot dulu..lani ja tak baca dah..sebab aku dok baca...murai.com...Oh!artis..oH bulan...Oh!adinda evans..'jawab anis ngan penuh keangkuhan.

ok2...aku tak sangsi...hang memang majalah artis bergerak anis..tpi..apa lancau suma nak ikut yuna?apa dia ingat yuna tu kool sangat?setakat pakai libresse pun nak bagitau satu malaysia..apa jadah palancau suma tu?aku bajet la...najwa apa kejadah ni pun nanti jadi malaun papmpers gak laa...aku bajet laa...'

'eh..abang pali..tu iklan lama...ni yuna ada hat baru...jadi duta CONAN..'tiba-tiba manan andik kepada kadiaq mencelah menyebabkan semua menjadi bingung sebentar.

'CONAN?cerita baru keluaq kat wayang tuh?aish..biaq betoi manan oi..takkan la menda-menda artis malaysia pakai libresse belakon holiwud aku buleh miss?persoal pali ngan nada sedikit kecewa, anis mayonis dok melantak kuih..pian still dok main ngan kamera henset dia.

'eh...bukan hat tu abang pali...tu filem...hat manan cakap ni pasai hat kamera CONAN tu laa....'perjelas manan ngan bersungguh-sungguh kepada pali.

pali tertunduk lesu sambil menguis-nguis debu debu yang melekat di ibu jari kaki beliau sambil bermonolog...'takpa..raya manan..raya..aku maafkan salah hang..'

p/s:najwa latif nama kutu hat nyanyi lagu sesak napas tu..bukan sharif...so...gua tengah tunggu iklan najwa ni belakon iklan pampers...takpun jadi modela bra dalam avon punya buku tiap2 bulan....but...still menten pakai kain kapan lilit kepala..

Sunday, September 4, 2011

cerita hari raya

'weh jai, hang ada projek malam ni?'tanya pali.

'tak dak pa kot..dok melepak la...'jawab ijai dalam nada angkuh.

'haa...elok sangat la tu...awi..kira on la projek malam ni?'

'projek pa weh?'tanya ijai.

'tengok wayang laaa lijoi..'jawab awi sambil dok ralit tekan button info kat remote astro dia.

'oooo...hangpa nak tengok cerita pa?'tanya ijai.

'cerita JIN TONCENG jai...'balas pali sambil dok cucuh rokok.

ijai tercengang..

'JIN TONCENG?eh...bukan laa...cerita JIN BONCENG la pali..hang ni...tajuk cerita pun tak tau..'balas ijai memperbetulkan pali.

pali tersenyum sinis.

'jai...bukan JIN BONCENG la..HANTU BONCENG!!!!HAN...TU....BON....CENG!!!!!!hang ikutla cakap pali ni..lingkup la idup hang....'balas awi dalam ketidakpuasan hati.

ijai dok usha pali..kot-kot pali tak pasang kuda-kuda..mau gak dia bagi penerajang sedas dua...

Sunday, August 14, 2011

ikan semilai

pali dulu pernah mengaji Quran ngan tok rashwan taufik aka topek..rumah dekat parit 1...sanggup pali masa sekolah rendah berkayuh basikal tengahari buta semata-mata nak menajamkan lagi pembacaan al-quran dia,jarak lebih kurang 2 kilometer
itu yang tersurat...

pali dulu sanggup berkayuh basikal ke parit 1 time tengahhari buta nak mengaji Quran ngan tok topek...dan lepas tu tauk buang baju mengaji dia p terjun dalam parit ngan bendang nak cari semilai karim..
itu yang tersirat...

tak main la beli ikan semilai aka ikan pelaga kat kedai..tak thrill..ingat senang ka nak bagi ikan semilai karim tu jadi lawa?sanggup kena malaria and denggi semata-mata nak tampaq nyamuk bagi ikan semilai makan.budak lani apa tau?cekau duit beli kat kedai dah belagak..tampaq dahi laju-laju satgi..

Monday, August 8, 2011

ceghita bulan posa

stat umuq 6 tahun sampai SPM..

pali mangkit soq..aka bangun sahur..barang makan dah terhidang..tunggu nak lahap ja..tak lupa gak..kadang-kadang dia soq ngan cornflakes beserta susu tepung jenama TWIN..

stat dia masuk matrik..

dia mangkit sendiri..pi aika cafe bantai nasik sorang-sorang time soq..buleh melahap ngan rakus lagi tapi menu soq tiap-tiap ari sama ja..sambal ikan keli..

masuk main camp...

pali masih mangkit sendiri...tapi tiap-tiap pagi anak sarjan mejar gerak dia..tak pernah miss..melantak kat siddiq,tak pun uthman...kadang-kadang pi kat ali..kadang-kadang bantai kurma, ayaq suam ngan rokok sebab bangun lambat dah..

masa reja bank..

pali bangun soq siap masak lagi pagi-pagi,tapi dan la seminggu...sebab dia malas..

stat reja ngan gomen..

pali semedang soq ngan roti ja..sebab jauh kot nak pi cari barang makan pagi2 buta..lagipun dia tak dak transport..kerap gak la dia miss soq..

stat pali dok umah sewa..

pukui 4 pagi dia dah stat menumis dah..pergh!!!!

rasanya pas kawen...bulan posa dia jadi cam dia umuq 6 tahun balik...dah cukup dah tu cycle idup tuh..hakhakhak...

Friday, July 29, 2011

pembangunan modal insan

human capital, atau dalam bahasa malaysianya adalah modal insan. modal insan adalah satu perkataan yang sangat penting dalam pemahaman ekonomi. ianya menjadi satu elemen penting dalam proses ekonomi dalam apa jua sistem..samada sistem kapitalis atau sistem sosialis. kedua-duanya mementingkan modal insan dalam memastikan percambahan ekonomi. modal insan yang mudah difahami adalah bermaksud..lu orang..gua...adalah modal insan dalam malaysia. setiap modal insan dihantar ke pusat pengajian sejak dari pra sekolah sehingga lah ke eringkat yang lebih tinggi. modal insan yang mempunyai berbagai kemahiran yang berbeza adalah amat penting bagi membangunkan sesebuah negara, dan contoh yang gua nak amik kat sini adalah negara gua sendiri,yakni malaysia. jadi, tidak dapat tidak setiap orang dari kita yang hidup kat malaysia ni, akan menyumbang samada dari segi tenaga, otak dan jugak masalah kepada negara..sebab kita ini adalah modal insan bagi negara malaysia.

jadi, cam gua dah sebut tadi..pembangunan modal insan..perlu tak kira la di takuk mana lu orang sebagai rakyat malaysia, tetap akan dan perlu menyumbang sesuatu kepada malaysia. bagi yang sudah menyumbang tenaga dan otak kepada malaysia, tak kia la sebagai government servant or swasta..lu orang perlu dan terus-terusan perlu membangunkan kemahiran lu orang, samada pi training ka, pi sambung belajaq ka,bagi menjamin ada peningkatan mutu perkhidmatan yang lu orang bagi,bagiu menjamin yang lu orang tau apa yang lu orang buat. kan?

dengan tujuan..lu orang akan menyumbang sesuatu kepada negara*di samping lu orang dan gua jugak dibayar upah bagi sumbangan lu orang*

tapi..

yang gua tak paham..

apa kejadah babinya...budak-budak program permata bik mama..pi sampai vienna belajaq choir?

dengan tujuan budak-budak yang fasih berbahasa inggeris tuh..akan mengharumkan dan memartabatkan nama malaysia di mata dunia..

WTF?

dari bazir serupa celaka hamjad tu..baik di gunakan duit untuk permata tu...tumpu pembangunan dalaman malaysia, berapa ramai lagi anak-anak malaysia yang tak reti baca quran?menyanyi pakat reti..

dari dok bazir duit belanjawan negara tu, baik bangunkan sukan kat malaysia ni..

dari bazir duit pi vienna, baik buat signboard nak pi temerloh...

tak pun repair la jalan raya kat serata malaysia ni...hat belubang tinggi rendah...

dari dok bazir duit pi belajaq nyanyi choir yang tak dapat menjamin peningkatan pengeluaran negara..baik train budak2 hat konon brilliant tu..biaq jadi orang..berapa ramai yang lu orang tengok budak2 bijak..at the end..jadi flop?jadi pelacur?

baik guna duit tu..untuk buat satu menda yang semua rakyat malaysia dapat rasa...kata 1 malaysia..kn?betoi...tiap2 agensi dah dapat budget masing-masing..tapi..cukup ka nak bangunkan satu malaysia ni?

dari bazir duit antaq budak-budak permata pi vienna..baik bagi duit kat gua, buleh gua buat training bagi tujuan pembangunan modal insan kat area east coast ni!

maichibai punya bik mama!!!!

Thursday, July 21, 2011

pecaya la sangat...

'sLm, kpD sUMA yG BrGelAr MUslIM, HaRi NiE pAKar mEtEOrOLogI BhaGiAn BuNyI DaRi RuSiA MnDapAtI SsUATU bUNyI GanJil sPrTi NgAumAn RakSasA DrI bWh mAnTeL bUmI ........ MeNuRuT PaRA UlAMa, KeMuNgkINan BeSAr , ItU SuARa DajAL Yg SEdANg bRuSahA unTUK NaIK kE mUKa BUMi .......... olEh ItU KItA d SuRuh SnTiASa tIdAK bRHenTI AzaN n sOLaT.. SEsiAPa YG TrbACa atAU mmBacA inI TolONg sEBarKan kPDa 10 uMT isLaM...'

apakejadah forward menda jadah lagu ni?

gua bajet ni mesti reja budak-budak baru kenai keyboard ngan touchscreen ni..menda lama dah kot..

aish..

PENENDANG MAU?

gua dulu kecik-kecik penah dengar ngauman kat taman tasik taiping..tapi gua tak dak lak syak dajal naik ke bumi dekt taiping..wakakaka...

Saturday, July 16, 2011

4-0

gua memang sokong arsenal gila-gila kaw-kaw..

tapi..

bila gua tengok gol-gol yang 4 bijik tu..gua tak rasa kagum pun..

gua rasa FAM bangang..

seriusli..FAM bangang...

Harimau Malaya sebelum lawan arsenal...

gua berani bajet...

moral kaw-kaw punya tinggi...

tapi..

kalau tiba-tiba kena kitai 4-0..then nak p lawan Singapore yang tak dak bakat tu..

lu ingat perkara senang?

sehebat mana pun kelab tu...FAM jangan jadi bangang...kasi hantaq pasukan negeri sudah..

lepas game sarkas tu...gua tengok status fesbuk semua mengecam and tetiba tak yakin ngan Harimau Malaya..sebelum ni berdegung degang...lu orang mengaku...kalah sekali nak keji terus?

kool la lu orang....kalau nak team menang ja.....install FM...konpem tak kalah..

btw

ingat FAM...

jangan bunuh moral HARIMAU MALAYA...

Friday, July 15, 2011

Cerita Motor

Sekitar tahun 2004, Pian menjalani latihan praktikal di Kamunting. Di sebuah kilang membuat piston dan sleeve block.Nama ja kilang buat piston dan sleeve, tapi praktikal di situ mengajar Pian menjadi seorang yang multi-skill.Tidak cukup dengan mengendalikan pelbagai mesin, dia juga diarahkan mengangkat kayu-kayu tiang peninggalan zaman era kolonial,tukang sapu, tukang kayu dan lain - lain lagi.Nasib baik dia tak diarahkan memberi makan kepada anjing peliharaan bos.Kalau diarahkan pun, apa ada hal? Buat jer la.Pian cuma takut kena gigit dengan anjing baka Rottweiler tu ja.Kalau nak kira haram menyentuh anjing, pegang tangan perempuan bukan muhrim pun haram.Tak gitu Pali?

Sepanjang 6 praktikal di situ, Pian duduk di Bandaraya Bagan Serai.Kira ok la kan hari- hari berulang dalam 48km pi dan balik.

Di persekitaran yang sama, Kadiaq tengah giat bercucuk tanam anggur di sekeliling rumahnya.Selepas tamat perkhidmatan "menggoyang teloq" di Kuala Kangsar
beliau kembali menyumbang khidmat bakti di bandaraya yang dicintai.Alhamdulillah, setelah berpenat lelah berfront support, sit-up, squad jump dan lain - lain, beliau berjaya dalam pemilihan dan dalam proses menunggu surat tawaran perkhidmtan dari TUDM.

Berhampiran dengan tali ayaq (ban), Ijai yang setia menunggang Kawasaki KIPS Victor 150cc sedang berkira - kira untuk menyiapkan dan mencantikkan motor itu.Al maklumlah, raya pun makin dekat ni.Standard beliau sebagai penunggu setia di bandaraya Bagan Serai harus dijaga.

Suatu malam, di Narathiwat (Ini adalah sebuah restoran bersebelahan Pejabat Pos dan rumah Hanis Mayonis dan tidak ada kena mengena dengan Narathiwat, Thailand)

" Wei, la ni hang dok wat apa Kadiaq?" Ijai bertanya soalan dengan penuh nada keihklasan

" Aku la ni berkebun la Ijai.Ada masa aku bersenam.Maklum la aku kan nak jadi Tentera" Nada bongkak Kadiaq kedengaran lagi untuk ke sekian kalinya.

"Aku nak bagi kerja kat hang ni.Keja senang ja.Hang mau? " Tanya Ijai lagi

"Kalau kena dengan bayarannya. Apa salahnya.Aku pun tengah dok free ni. Tapi kerja apa?" Jawab Kadiaq dengan nada yang agak serius.Serius boleh kat dia.

"Macam ni, aku nak buat balik motor aku tu. Tapi aku malaih nak p hantaq kedai.Aku ingat nak upah kawan- kawan ja.Hang boleh buat dak? " Ijai bercakap berlapik - lapik pulak gayanya. Seakan- akan berpuisi pula lagaknya.

"Nak buat macam mana tu Ijai? Aku bukannya reti sangat bab- bab pomen ni.Kecil - kecilan boleh la" Balas Kadiaq.Pengakuan yang agak jujur bagi manusia bernama
Kadiaq.

"Aku ajak Pian sekali la.Dia pun dok ada sini.Dia reti la sikit bab-bab motor ni.Dia kan ada Kriss berbox."cadang Kadiaq kepada Ijai.Bantuan harus di mohon serta-merta supaya tidak jadi kes tikus membaiki labu dan tikus menengok besi.

"Ok gak ajak Pian.Aku nak hangpa cat balik motor aku tu,simen pun hangpa buat sekali.Mana- mana benda yang hangpa rasa kena tukaq,Hangpa habaq mai kat aku"

"Baik Ijai!!!! Esok aku p habaq kat Pian.Dok ingat dia mai malam ni.Tapi dia tak mai pulak, tua dengan tidoq dah la ni" respons Kadiaq

Setelah berjaya mendapatkan persetujuan Pian.Kerja - kerja pembaikan dan penaiktarafan pun bermula.

Warna merah dan hitam dipilih sebagai warna tema motorsikal Ijai.Ini adalah inspirasi dari stripes energy RX-Z 5 speed keluaran tahun 80-an.

Untuk sticker pulak, Mat Kopi telah dihubungi dan beliau bersetuju untuk "cemey" sticker dari kedai sticker Tan.Dia tolak murah- murah ja.

Untuk cover set pulak, Ijai kata tak perlu tukaq.Sembuq cat pun dah cukup.

Pertama sekali, kerja - kerja penanggalan part-part penting.Yang ni memang senang.Kadiaq pun boleh buat dengan bantuan khidmat nasihat dari Pian.

Seterusnya, mengikis cat dan menampal simen pada tangki minyak.Part ni memang leceh.Menjadi amat dan lagi leceh bila nak gosok pulak simen- simen yang ditampal.Naik tebal ibu jari membuat kerja- kerja ini.Tapi sebelum itu, tangki ini perlu dihantar untuk dikimpal pada mana- mana tempat yang bocor.
Setakat tampal dengan sabun mandi, memang tak jadi.

Setelah siap semua kerja- kerja ini, part- part tadi perlu dicuci, dibasuh sebelum masuk ke kerja - kerja penyemburan cat.

Kadiaq menggunakan 2 tong cat merah semata- mata untuk mud-guard saja.Ini betul - betul menimbulkan kemarahan Ijai.Nasib Kadiaq tak diterajang oleh Ijai
seperti mana nasib yang menimpa Pali.Nyaris - nyaris cat nak masuk ke mata Kadiaq gara- gara menyembur cat tanpa membaca arah angin terlebih dahulu.

Masuk ke proses mencuci, Ijai turut hadir di tempat kejadian.

" Ni aku bawak soda ni, nak buat cuci enjin" Kata Ijai

" Soda? Apa benda tu? Ais krim soda ka? Tanya Mat Kerang yang dok menyibuk sekali

" Bukan soda tu.Ni soda untuk cuci enjin.Aku dok pakai buat cuci kapal korek.Senang ja minyak-minyak tu semua keluaq" Kata Ijai dengan penuh berkeyakinan.

" Kita tauk ja celah celah enjin tu.Pastu kita sembuq ayaq,hangpa tengok kotoq-kotoq tu keluaq senang ja. Tak payah teruk-teruk " Tambah Ijai lagi.
Ijai memang suka basuh motor.Hari- hari dia basuh motor.

Selang 10 minit.........

" Takdak apa pun Ijai.Hang kata cepat ja soda ni berkesan.Ni dah lama ni, takdak apa pun aku tengok" Suara Kadiaq dalam nada tidak berpuas hati.

" Sabaq la sat.cebok ada dak ? " Ijai buat permintaan cebok.Dalam bahasa standard, maksudnya gayung air.

" Takdak la.Mana ada sapa bawak pun" Balas Pian

" Guna benda ni ja la.Janji boleh ceduk ayaq" Balas Ijai.Benda ni yang dimaksudkannya adalah lampu motorsikal beliau sendiri.Sungguh kreatif beliau
meneruskan kelangsungan kerja.

Ijai pun terus mencurah air secara bertubi-tubi ke atas ketulan soda yang diletakkan di celah-celah enjin motor beliau.

Ibarat mencurah air ke daun keladi................

"Tak keluaq apa pun Ijai.Dok macam tadi ja " tanya Pian

"Ish, awat ar? Selalu aku buat kat kapal korek.Senang ja keluaq." Respon Ijai

" Selalu hang sembuq, hang buat macam mana? " Tanya Kadiaq tak puas hati.Beliau memang pantang orang buat kerja terhegeh-hegeh ni.

" Selalunya aku pakai water jet.Aku sembung sat ja keluaq" Jawab Ijai dengan jujur.

"Barua hg Ijai.Memang la senang keluaq.Water jet pressure dia tinggi!!!!.Ini hang pakai cebok ja.Mana nak keluaq!!! Issshhh, menyirap aku dengan hang Ijai!!!" Tinggi sekali nada Kadiaq ketika iu.

"Hehehehe.Ya ka? Tak boleh ka? Hehehehe " Jawab Ijai tersengih - sengih

"Errrrrrr....membuak-buak betul la aku dengan hang ni Ijai!!!!" Geram Kadiaq

Thursday, July 14, 2011

cerita mulut kawan....

kawan pali kena tahan ngan polis atas kesalahan tak pakai helmet...memang salah..pian pun cukup marah kalu ada kutu jat jenis serbu tak pakai helmet..apatah lagi naik moto tak pakai helmet..

jadi..

kerapkali kita dengaq..polis setel tepi..

bayaq duit kopi cukuplaa....

melayang la rm20..kopi jadah apa sampai rm20?

tapi..sebelum di'bebas'kan..

si polis memberi nasihat..

'lainkali jangan dok suke-suke hati nak langgar undang-undang..ingat..lain kali...nak naik moto..jadi penunggang berhemah..pakai helmet..ikat..jangan tak ikat..dan satu lagi...ni duit ni...ini bukan rasuah..ok?'

kawan pali mengangguk lesu..rm20 buleh beli sepasang baju ngan seluaq bundle...

'ingat tau...ni bukan rasuah..ni adalah..WANG PENGAJARAN!!!' jelas si polis tadi.

kwan pali mengangguk bertambah lesu...ha'ah..wang pengajaran la sangat...

Tuesday, July 12, 2011

perbedaan....

subjek yang pali paling minat masa sekola rendah dulu adalah alam dan manusia...dan pali pun suka sangat baca ensiklopedia bebas masa tu..nak baca readers digest haram tak paham pun..pali bukan dilahirkan fasih dan lancar dengan balaghah bahasa inggeris..

lagipun otak pali dah terbiasa ngan tulisan samada rumi jawi ataupun hebrew..pali jadi agak lampi sikit berkaitan ngan nombor...payah dia nak jawab soalan matematik nih...kat sekolah dia belajaq balik rumah leas kena tibai ngan rotan masa ngaji Quran..dia sambung belajaq matematik..itu semasa dia mangkaq matematik la..
bila dah master ngan matematik, sifir 12 dah hafal dah..kurang la sikit dia nak study matematik sekolah rendah ni..mudah sangat kot..

bila dia masuk sekolah menengah..dia buleh catch up lagi ngan subjek amtematik untuk PMR.. tak dak hal..tak payah study sangat pun..sambil kencing berdiri pali buleh jawab soalan PMR tu..nasib masa PMR tak dibenarkan jawab dalam toilet ja..kalau dak memang pali buktikan kat pengawas peperiksaan kesenangan soalan matematik PMR tuh..gila tak mencabar..sebab tu senang-senang ja pali kitai soalan matematik PMR tuh..sapa la yang gubal kertas periksa time tuh..sampai lani pali tertenya-tanya..

by the way..

pali cuma belajaq matematik kat sekolah ja..tak dak lak dia pi amik tusyen ka kusyen ka nak mudahkan dia jawab soalan matematik..cuma..dia ngan budak-budak flet lain kerap sangat pi tidoq kat surau flet dengan tujuan study group..tak kira la masa bila pun..hatta musim cuti sekolah...*study group la sangat*

bila pali melangkah kaki ke form 4, pali rasa...alaa..matematik ni sonang yo...tak payah study sangat pun..lagipun honeymoon year kot..lek lu kok tang..fokus dan tumpu pada hoki!tu aim pali.

memang pali tak belajaq setara mana sangat pun time tu...dan seperti yang dijangka...result pertengahan tahun keluaq...

matematik moden pali rembat 9G...hamik kau...mudah sangat amik mudah...
tergamam pali..selalu dia buleh beat soklan matematik nih..melengung dia seminggu...4 game straight pali tak skor masa friendly hoki. pincang dan tumpul...konsentrasi terganggu. padahal kalau time friendly tak skor sebiji tak layak la jadi speedo kiri SABAR.. FACEPALM pali hampir sebulan...

balik rumah...nak kuaq melepak si rakan-rakan sebaya p join tusyen Paksu pulak..tensen pali...sampai la hujung tahun..result still macam hamjadah bagi matematik moden.

pali kena buat sesuatu..

dan..satu hari dia luahkan kat mak dia nak masuk tusyen kat paksu..sebab dia dah bengap matematik...

walaupun tak berapa nak harap ngan anak bujang dia hat sorang tu..dia restu gak pali join tusyen kat paksu belajaq matematik moden sahaja..add math pali tak amik..sebab dia budak kelas arab.

dan..biasala..sekeras mana taik pun..akan keluaq ikut dubur jugak...begitu la pali..belajaq tusyen punya pasai..dia tengok soalan math moden untuk SPM tu macam soalan PMR..gila senang..

ujian pertengahan tahun masa form 5..satu kelas terkejut sekali ngan cikgu adilah hat mengajaq pun terkejut..budak stended 9G buleh dapat 1A dalam math moden?pergh!!!nampak sangat meniru...kata la beberapa kutu hat tak puas ati ngan percaya pada kemampuan pali.*deng!*

tapi..lama-lama..terbuktila bahawa math moden tu memang makanan pali...kertas 1 ka kertas 2 ka..sekali lahap ja..1A dalam tangan la kalau math moden. siap cikgu adilah pun akan refer kat pali jawapan kalau ada sebarang keraguan dan perbezaan jawapan dikalangan budak-budak 5A1 masa dok belajaq math moden. pali still cam biasa..lek lu...kok tang..tak dak hal..makanan semua tu...makanan semua tu..

sampai satu masa...diwar-war kan mana-mana pelajar SPM hat nak sambung belajaq masuk matrik perlu amik add math.. pali haram apa pun tatau apa itu matrikulasi...hat dia tau..abnang dia isi upu masuk uia...cukup dah...tak payah susah-susah..pali wat derk ja..malas nak pikiaq..

tapi..bila budak-budak kelas dia berdegung-degang kata kalau tak masuk matrik tak leh sambung belajaq...ada jugak timbul kegusaran dalam hati beliau..walaupun dia tak plan langsung nak sambung belajaq..masuk askar lagi baguih...

selepas diberi penerangan untuk semua student 5A1 time tu..adala dalam beberapa belas orang hat amik add math..of kos..tidak termasuk pali...walaupun cikgu adillah berkali-kali ajak pali masuk kelas add math..pali masih enggan..tapi..dalam senyap-senyap...dia belajaq gak apa itu add math..sampai la satu masa...pali saja stay dalam kelas add math...belajaq subjek fungsi...ok...gak mencabar..tapi buleh tapau lagi..nak makan payah sikit...tak dak hal laa..

jadi..

next class pali still join gak..walupun pembelajaran agak perlahan masa tu sebab nak bagi semua orang catch up...sekurang-kurangnya la..

selepas 2 minggu kelas intensif add math..cikgu adilah buat ujian..nak tengok hamjad-hamjad kelas arab ni paham ka buat-buat paham sebenaqnya..dan resultnya..pali buleh catch up la subjek add math...bagi fungsi ngn janjang..

dan pada satu petang yang sepi pi pi....

datang la sorang budak pompuan kelas pali kat dia...pali time tu dok pulun bagi siap homework math moden sebab dia malas ak bawak balik buku teks hat berat tu..pali kalau buat math mod ada orang ajaq isap rokok pun dia tamau...minat sungguh beliau..

stended samseng la pali tanya..

'awat..nak apa?'

termanggu si gadis yang sebaya pali tu..

'jangan la cengei sangat pali oi..aku nak mintk tolong sikit ja...'jawab si gadis dalam nada tak berapa puas ati la agaknya..

'nak tanya pa?'

'ni...hang pandai add math kan...nak mintak tolong hang jaq aku buleh dak?'

'tak dak la pandai mana aku ni..kalau pandai aku dah mengajaq hangpa dah..haa...awat...hat mana yang hang tak paham?'

'ni haa...subjek RANJANG ni haa...aku tak paham...'

berkerut dahi pali dengaq nama topik add math hat dia tak pernah dengaq..RANJANG?

secara perlahan-lahan pali usha...

CIBET!!!!JANJANG la!!!!JANJANG!!!!!bukan RANJANG!!!!

selepas kejadian tu..pali terus jumpa cikgu adilah...request nak berenti amik add math...jiwa remaja beliau tersinggung....

subjek RANJANG untuk budak-budak sekolah lani buleh la ajaq...biaq depa paham sikit apa itu sex edukasi...jangan tau nak sex ja...hahahahaha....

Sunday, July 10, 2011

pecahan dan perpecahan...

si pemerintah yang memerintah setelah sekian lama memegang tampuk kuasa menyebabkan ada rakyat yang tak senang hati, sebab rakyat pun nak kuasa gak..pasaipa?sebab pemimpin tu manusia biasa, rakyat tu pun manusia biasa gak..rambut sama itam..hati lain-lain..matlamat sama cara ja lain..

jadi, tatkala sebahagian dari rakyat melakukan pemberontakan secara terang-terangan..maka si pemerintah dengan kegelabahan yang menimpa-nimpa telah memerintahkan pasukan lashkar biru untuk memerangi kebangkitan rakyat itu..ada yang dihentak...dipedihkan mata..dibasahkan air..diberi minum...diberi makan...err..*tak mungkin nih..propa lebih ni part makan nih..*

padahal rakyat bukan la membuat pemberontak bersenjata...senjata yang dibawa cuma belalai dalam seluar dan 2 bungkus nasi lemak di dada sahaja..itu pun sudah menakutkan si pemerintah...kalau diikutkan..tiadalah sebarang marabahaya...bahaya lagi pengakuan adik adinda evans yang tiada dara itu..*oh..citer lama...sori..baru teringat nak quote*

namun,

sekiranya...sesiapa jugak yang ada kuasa memerintah..tak kira la setinggi manapun songkok beliau...sebesaq manapun lilitan serban beliau...sehuduh manapun shawl beliau..selabuh manapun tudung beliau..sesingkat manapun skirt beliau...kalau dah namanya manusia yang mahukan kuasa..maka..tiada beza antara si pemerintah dan juga rakyat..

bagi hat belum pegang kuasa..maka depa akan berusaha untuk memegang kuasa..sebabnya memang dah sifat manusia camtu..konflik antara manusia ni tak pernah padam..sejak kes pembunuhan manusia yang pertama pun..adalah kerana konflik merebutkan kuasa...power of favor...kuasa di mana anak adam dipilih berdasarkan ketaatan dan ketaqwaan..dan korupsi dah pun berlaku masa tu...bagi pihak yang tak berpuas hati..

conflict of interest is inevitable..

itu dari segi konflik..

jadi..jika dilihat dari segi menghapuskan korupsi dan rasuah..adakah jenayah ini akan terhapus secara total sekiranya si rakyat memerintah?baik..secara logik akalnya..kita masih belum tahu kekuatan dan kemampuan si rakyat...adakah si rakyat mampu untuk berjalan seperti yang dicakap ataupun bercakap sambil berjalan sahaja? umur rasuah dan korupsi setua bisnes lendir aka pelacuran..no cure for it..

jadi..

isu rasuah dan korupsi ini..

adakah socialism boleh menghalang?democracy?autokratik?ataupun berdemonstrasi jalanan?ataupun memprotes demonstrasi jalanan?mampu kah?hukuman headshot kat belakang kepala guna AK47 pun masih tak mampu menghapuskan gejala rasuah kat china..

kurangkan possible..nak hapuskan?haha...terhapusnya manusia dari muka bumi baru terhapusnya korupsi dan rasuah...sebab tu Kerajaan Malaysia panggil Badan PENCEGAH Rasuah..ataupun..Suruhanjaya PENCEGAHAN RASUAH Malaysia...ianya boleh dicegah..tak boleh dihapus sama sekali..

ya..yaa....orang akan cakap...KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM yang sebenar..sama macam zaman Nabi..InsyaAllah..masalah ni akan selesai..

ok..kembali kepada ajaran Islam..dari segi pentadbiran, undang-undang dan ekonomi..semuanya berbalik kepada Islam..tapi..sudahlah sifat manusia itu sukakan sesuatu yang terhalang...maka, tidak dapat tidak..depa akan melanggarnya jugak...sejauh manapun pelaksanaannya..

sebagai contoh bangang:

budak-budak HS dan Law dan Econs di matrik uiam PJ fly p fourteen pada pukul 12 malam. menda ini dilarang sama sekali,tapi..masih dilakukan walaupun setiap malam ada pemantauan.

budak-budak lelaki akan nampak seorang gadis 'menjadi bogel' tatkala depa melihat gadis -gadis menayangkan dada yang berenjut dalam baju ketat di khalayak ramai...walaupun si gadis memkai lengkap dengan shawl dan jugak fesyen gypsy mabuk minum brandy mana ntah..

budak-budak SMKA Kerian akan fly meredah hutan sawit semata-mata nak p makan kat RnR Bukit Merah walaupun kawasan sekolah telah dipasang pagar jasmani dan rohani..*pergh!!!*

semakin tersekat manusia itu, semkain terdesak manusia itu, maka depa akan melakukan apa sahaja untuk keluar dari situasi tersebut.

jadi..pali dok pung pang ni...setakat gebang ja...ada solusi dak?setakat pung pang tak dak solusi baik sengap ja...ya dak??

solusi?

cuba try tiap-tiap pagi pi semayang subuh jemaah dulu kat masjid..baru nak perangi menda lain..nak jadi hero jalanan sekalipun...pi solat subuh kat masjid dulu..pali masih lagi mencuba..

tak payah nak pung pang pung pang nak bersilat laa..nak passing memorandum laa..nak belarak laa...nak buat roadblock la..untuk genarasi masa depan la...padahal..apa pun tak dak...

dan lagi satu..jangan nak sembang pasai communism ngan socialism depan budak sains politik kalau setakat paham communism itu bintang tiga..dan jangan nak sembang pasai democracy berparti depan budak yang sedang makan nasi gulai ayam...tersedak bhai...

manusia terpisah bukan kerana berlainan agama, bukan kerana warna kulit, bukan kerana perbedaan pendapat, bukan kerana bahasa yang berlainan..tapi...

hanya kerana

kerana terdapat label dalam otak yang bias...

Saturday, July 9, 2011

tang mana yang betoinya?

kamsan suka tengok berita rtm ngan tv3, dan pulak dia paling minat baca utusan malaysia dan berita harian..

karim daud pulak suka baca harakah dan jugak malaysiakini..

kamsan kata pembangkang menipu..
karim daud pulak kata kerajaan menipu..

mana kamsan tau?
yalaa..dah berita rtm ngan tv3 siap dalam paper lagi dok ada..
karim daud cakap..ahhh...muhung semua tu..propaganda kerajaan..

sebab kata karim daud..
harakah ngan malaysiakini cerita lain..
kamsan pulak kata...semua tu muhung...taktik pembangkang...

lu orang hat baca ni pulak..pecaya hat mana?

hakhakhakhak...selagi media itu mempunyai tujuan dan objektif yang tersendiri..maka...sifat berat sebelah tu akan wujud...hakhakhak...

dok sengap-sengap dah..tampaq dahi mau?

Friday, July 8, 2011

Dari Pandangan Aku

Sekembalinya aku yang dah lama tak menulis dalam blog ni.Aku nak huraikan dari segi pandangan peribadi aku pulak.
Seperti Pali, aku setuju dengan pandangan dia berkenaan tafsiran politik, walaupun aku tak mengaji dalam sains politik macam beliau.Politik ini
terlalu luas.Sedaq tak sedaq dari bermulanya hidup di dunia ni pun kita dah didedahkan dengan politik.Paling mudah, organisasi keluarga kita.
Pastu masa hangpa masuk sekolah, hangpa terlibat dengan pemilihan ketua kelas kan? ada pilih pengerusi kelab itu, presiden kelab ini Itu politik la tu.
Cuma dasar pemilihan tu macam shit sikit la.Pilih abang- abang senior yang hensem dan kakak- kakak senior yang cun.hahahaha.
Muka macam aku ni tak ruang la nak terpilih.Semua muka mesti ala - ala macam Tomoko.Dah masuk pengajian peringkat tinggi pun, hal ini terus berlaku.
Majlis Perwakilan Pelajar la, apa la.Boleh tara tu kawan- kawan?

Sebagai generasi muda yang telah mendaftar sebagai pemilih, secara amnya aku memandang politik kepartian ini "SAPA DAN APA YANG BOLEH BAWA KEBAIKAN KEPADA
RAKYAT, AKU SOKONG".Apakah semua yang UMNO buat tu salah? Apakah semua yang PKR buat tu semuanya betul? Ada sahabat- sahabat aku yang komen yang berbunyi
"mana boleh macam tu Pian, macam tak dak prinsip pulak" Ai, menyokong yang benar tu la prinsip aku.Benar yang macam mana?
Benar dari apa yang aku rasakan benar.Aku ada penilaian aku sendiri.

Aku tak mau bandingkan keadaan politik Malaysia dengan politik mana- mana negara.Tu bukan cara aku.Tapi lebih suka menyelami dan mendalami pemikiran dan
tahap kematangan kita khasnya orang Melayu berpolitik.Kengkadang dengan berpolitik ini ada di kalangan orang sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamat.
Kenapa? Demi mendapat kuasa.Dah ada kuasa boleh la buat macam- macam.Senario yang terjadi di Malaysia, siapa yang ada kuasa dia seakan raja.Padahal dia terlupa
kuasa yang dia dapat tu adalah dari rakyat.Baik pemerintah atau pun pembangkang, masing- masing ada cara tersendiri
untuk mengekalkan kuasa dan mendapatkan kuasa.

Aku nak komen sikit berkenaan senario politik kepartian Malaysia sekarang.Seperti yang kita tau (ada yang tak tau dan malas ambik tau) kita dah menghampiri
ke PRU.Masing- masing sedang mengatur strategi untuk survival masing- masing.Sampaikan kita yang golongan marhaen ni naik pening dan susah hati.Bukan pening
siapa akan jadi PM pulak nanti, tapi pening dengan peel, suasana, karenah pemimpin - pemimpin politik kita.hahahahaha.

Sebagai pengamal FB, aku tengok ramai yang dah menonjolkan sokongan masing- masing.Siap tempek pic badges lagi.hehehe.Senario ni aku rasa sama macam
pasukan bola sepak kita menang Piala Suzuki.Banyak yang main ikut-ikut.Banyak yang mengomen untuk menunjukkan pendirian masing- masing.Semuanya mengikut rentak dan fenomena.

Blogger pun dah mula memainkan dan merancakkan penulisan depa.Ada yang menulis dengan fakta dan ada yang menulis dengan logik emosi semata- mata.

Agensi kerajaan dah mula dikerahkan.Paling kasihan PDRM.Aku paham dilema yang dialami PDRM.Sebagai penjawat awam, sudah tentulah ayat di atas tandatangan anda
yakni SAYA YANG MENURUT PERINTAH menjadi pegangan dan ikatan.Kalau tak diakur, macam - macam karenah, tindakan yang nak dan akan dikenakan.Anak dan isteri di rumah perludiberi makan.Jadi suka atau tidak suka, akur dan patuh jer la.Cari jalan selamat dan main dengan selamat.Mudah cakap, dah elok - elok hidup senang, buat apa cari dan
nak hidup susah.

Aku percaya di dalam hati kecil IGP dan DIGP, depa tau apa yang benar dan apa yang salah.Tapi atas kehendak perkhidmatan dan sebab seperti di atas
terpaksa direlakan jua.

Sebab tu kalau kita perhatikan, ramai penjawat - penjawat awam hanya bersuara selepas pencen.hehehehehe

BERSIH, PDRM dan PENCULIK BERPARANG YANG DI HEADSHOT

penculik diheadshot nyawa-nyawa ikan sebelum mati

gua tertarik ngan komen kawan gua kat fb..

gua kasik kopipes..

'Tengok komen2 pembaca kat Malaysiakini dalam isu ni memang sedih. Masih dibebani pandangan politik sempit. Kejayaan polis menanngani kes tebusan pun perlu diperli ke? Kalau tak berjaya lagi lah kena perli. Berpada-padalah, janganlah sampai nanti oksigen yang kita sedut untuk bernafas pun dilihat dari kacamata politik sempit. Apa2 pun tahniah untuk UTK. dan terima kasih Malaysiakini sebab menyiarkan berita ni.'

kesian polis-polis..dah la ngan budak-budak SKINHEAD dok kena panggil bastard..ni ngan rakyat marhaen yang prihatin...bersepah-sepah kena..siap kena masuk neraka lagi...uuuiiii...powernya kuasa rakyat marhaen yang prihatin ni...sampai kunci pintu neraka untuk polis pun dia buleh pegang?wow!

gua pernah cakap kat kawan gua..kalau semua menda dalam malaysia ni lu orang nak nilai atas politik 'parti' yang sempit, tak mustahil la ayat kawan gua kat atas tu..'oksigen pun buleh jadi isu'...politik tu lu orang kena tengok dari skop yang luas...bukan sekadar lu orang tengok dari sudut PRU, BERSIH*la sangat* , UMNO,PAS...nope!itu part of the politic..politik itu terlalu luas. sebab tu kalau lu orang menilai politik itu semata-mata politik berparti, maka tuduhan dan perkataan bangang pun akan kerap la terkeluaq tak kira la lu orang sokong merah or kuning...bilamana semua menda dalam malaysia nak dinilai dari politik 'parti' maka, akan wujudla perpecahan yang lebih nyata dari subjek perpecahan dalam buku teks KBSM. kalau lu orang tak percaya...lu orang wat la survey..tanya umat marhaen yang prihatin ni..apa yang dia paham dengan politik..gua syak..jawapan tak lari jauh...PRU, korupsi, kroni, pas, umno, DAP, PDRM jahat, altantuya.. tak caya lu orang try la..tambah-tambah kat orang hat dok pung pang pung pang kat kedai kopi..gua yakin la...takkan ada yang menyebut politik itu sebagai sesuatu yang meluas..merangkumi kehidupan lu orang seharian..sebagai contoh mudah untuk rakyat marhaen yang prihatin *la sangat* ur family is a political structure... cuba kaji tengok..takkan gua nak kupas semua kot...blog ni pun nama surat-surat dari jalan duku...hakhakhak..

berpolitik tak salah..yang salah apabila semua menda yang ada disekeliling kita ni nak di parti politikkan..lu orang dok berdegung degang sapot DSAI tu..lu orang tau ka DSAI ni sengap ja dalam Parlimen...lu orang tau?kat depan lu orang ja dia dok pung pang pung pang..gua dok kelantan..gua tengok...TGNA ni lek ja..dia nak wat perhimpuanan tak payah nak berarak bagai tengah jalan...dia pikap SSM IV..cakap ja..penuh berpuluh ribu mai..tak payah nak buat cam ambiga tu..

'TGNA takpala...negeri dia..buleh la dia wat camtu..'

gud..so..pasaipa yang lu orang nak p buat tengah kl?kwan gua yang dok sarawak pun dah naik rimas dengaq pasai orang dok komplen roadblock kat kl..haahahahahaha...

tugas pembangkan bukan hanya reti cari salah kerajaan, tak puas ati keluaq dewan parlimen..tu babi nama dia.tau dak babi tu apa dia?babi tu adalah YB hat protes keluaq dewan masa perbahasan parlimen. kat situ dah nampak betapa tak profesionalnya lahanat-lahanat yang di pilih oleh rakyat marhaen *la sangat* untuk jadi pemimpin. mana tanggungjawab depa sebagai orang yang dipilih?hakhakahak..

tu la..orang nak berpolitik..lu orang pun nak gak..ingat..tugas pembangkang adalah untuk mengawal perilaku mana-mana kerajaan memerintah..bukan memperlahankan tugas kerajaan...

dan lagi satu..

bilamana anak Tun Mahathir ...Marina tu sapot BERSIH..peh..bukan main lagi lu orang saportiv...tak kira la hat pakai shawl kaa...hat serban kaa..hat kopiah ka...

'anak mahatahir pun sokong weh!!!'

dey macha..tau dak Marina tu sapa?pernah dengaq SISTERS IN ISLAM?
bukan lu orang benci seamat-amat ka ngn SISTERS IN ISLAM ni?hakhakhak..

rakyat marhaen yang prihatin *la sangat* ni..nampak sangat bukan setakat jilat ludah sendiri balik..gua syak lu orang dah sampai tahap makan taik orang dah...selagi la matlamat tu yang menghalalkan cara dan objektif lu orang..

pikiaqla..PDRM tetap ada walaupun DSAI jadi PM..bodoh!!kecik-kecik tak tangkap ikan semilai karim..besaq-besaq pecaya la ngan gebang DSAI tu...hahahahahahah